Saturday, October 17, 2015

Goodbye Black ~


Morning korang , today Alice ada sad news . Ingat lagi tak alice pernah cerita tentang BLACK ? Si anak hamster yang malang ? Hari ni dia dah PERGI tinggalkan alice dengan family dia. huhu. Semalam sempat lagi bagi makan dan minum dia kat tangan Alice. Sekarang dia dah tak da. Sedih lah pula.

Tapi , bagus jugalah dia dah Pergi , daripada dia hidup menanggung kesakitan . Tak tahan nak tengok. Memang menurut info , penyakit hamster macam tu hanya ada 2 - 3 hari je hidup. Terkejut jugalah , buka-buka je cage hamster hari ni , ada nampak tompokan darah , dah agak tu darah Black.

Badan black tak dapat dijumpai , mungkin mumy dia dah makan , jangan korang marah mumy dia pula sbb pigi makan black .. It's normal ok , di samping tu si mumy pun akan mendapat banyak protein dari tubuh anak yang dimakan.

(  In Loving Memory 30/9-17/10/2015 )
2 weeks and 4 days


Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Friday, October 16, 2015

Power Of Yawn ?


Hye korang , Alice nak share kan satu cerita ni. Semalam kan alice tak dapat nak tidur , jam 1 lebih gitu baru dapat tutup mata. Nak tau alice buat apa , nonton YOUTUBE lah. Hehe. Pernah dengan tak seorang pengguna youtube yang bernama RomanAtwood ? Kalau tak pernah , tengok2 lah video ni erk , dia ni penghibur yang suka buat PRANK. ahaha

Balik kepada tajuk asal kita POWER OF YAWN ? a.k.a MENGUAP. Betulkah bila kita nampak je orang menguap , otomatik kita pun akan turut serta ? Hmm , kat bawah ni ada satu video yang alice dapat dari youtube hak milik RomanAtwood. Sila lah nonton dulu sebelum teruskan membaca


Dah habis nonton ? Hihi , apa yang korang dapat ? Ada tak korang menguap macam mereka2 ? Semalam Alice pun tak percaya , tapi bila Alice tengok je video ni , terus auto mulut ni ternganga. Ahaha. Jan lupa tutup tau mulut tu , nanti masuk nyamuk. hihi. Sambil menaip pun alice boleh juga menguap. Kuat power dia ni. hehe. Ok lah. Jumpa lagi besok. Bye , Good Night.

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Q & A : Hamster & Baby

Hye korang , hari ni alice nak share tentang SOALAN yang sering di ajukan bila melihat Hamster anda melahirkan. ( Source : Google )

Q : OMG ~ hamster saya melahirkan.
A : Please Calm Down.. jangan cemas dekat kandang hamster anda. kalau nak cemas , sila jauh2.. takut hamster anda pun terikut. Nanti habis anak dia kna makan.

Q : Apa yang mesti saya buat ? Please !! what should i do ?? :)
A : kalau hamster anda sudah lahir , apa lagi yang kamu boleh buat ? tiada kan ? so < sekarang time menjalankan kewajipan korang untuk merawat hamster dan anaknya

Q : Boleh saya pegang anak Hamster ? Mereka tersangatlah comel , pink2 gitu. Geram je..
A : NO !! Tak Boleh !! Why ? sebab menurut info2 yang alice baca melalui internet , kalau Mumy hamster tercium bau manusia di badan baby dia , maka dia akan makan mereka kerana menganggap bau manusia tersebut sebagai satu ancaman. Kalau korang betul2 perlu memindahkan baby2 itu , sebaiknya menggunakan kayu atau plastik.. NO SUDU ALUMINIUM , STAINLESS , BESI and seangkatannya kerana boleh menyebabkan baby hamster merasa teramatlah sejuk.

Q : Bila baru saya boleh pegang Bayi hamster?
A: Korang boleh start pegang mereka bila berumur 2 minggu dan keatas.

Q : Selalunya hamster kalau beranak , berapa ekor ?
A : 4- 8 bagi jenis campbell , ada juga yang smpai 14

Q: Berapa lama hamster mengandung ?
A : 18-21 hari.

Q : Haruskan saya memisahkan si dady dari si mumy yang sedang sarat pregnant ?
A : Yes ,... bagi SYRIAN , korang WAJIB memindahkan si dady tersebut kerana hamster jenis ini bersifat ASKAR dan akan menganggap bahawa the bayi itu adalah saingan mereka. BUT , for Campbell hamster , ada yang bilang YES ada yang bilang NO bila dalam hal memisahkan. Kenapa NO? sebab si dady akan menolong si mumy untuk membina sarang untuk tempat si mumy nnti and dia juga boleh menolong untuk keep the babies warm. and why YES ? terkadang ada dady Hamster yang bersifat agresif. Ciri2 hamster yg agresif kuat berlari & tiada kesabaran bila di bagi makan. pisahkan mereka SECEPATNYA.

Q : Bau menyengat dari kandang hamster. Mahu kasih bersih tapi ada anak2 nya. How Lah This ?
A : JANGAN SEKALI-KALI ANDA MENGGANTI BEDDING HAMSTER KALAU BABY HAMSTER MASIH KECIL!! Tahan ok , u can do it ! Kalau betul2 pun kamu mau ganti bedding hamster tu ,pastikan mereka sudah limpas dari 14 hari. Mengapa ? sebab ,bila anda mengganti bedding tersebut , mumy hamster itu akan merasa kalau dia tidak berada di rumah atau merasa ada something yang hilang. Dia akan berlari2 beberapa jam untuk mencari jalan pulang. And the babies nanti akan dipijak2 , di kasih biar begitu saja. Kalau sampai hal ini terjadi , simpan kandang hamster di tempat yang gelap , tutup dengan kain lebar and berdoa supaya si mumy tidak mengabaikan baby-nya.

Q : Hamster jadi Kanibal ? Mengapa hamster makan anak-anaknya ?
A : 1) bau anak hamster berubah
   -->  rujuk di atas. :)
      2) Anak yang cacat
   --> menurut info yg saya baca , hamster akan makan anaknya bila anak nya itu cacat. Tapi , saya sendiri pun tidak yakin.
      3) Ayah Agresif.
   --> Gaya si ayah , kuat berlari dan tidak pandai sabar bila dibagi makanan :)
      4) Si Mumy stress
   --> Si mumy akan automatik makan bayinya bila dia merasa stress. why ? mungkin sbb keadaan kandang-nya yang terlalu terbuka. kalau pun kamu tiada tempat lain untuk si mumy , pastikan tutup sekeliling kandangnya agar kelihatan gelap dan tidak terasa seakan2 ada yang melihatnya .
    5) First Baby !
     --> mungkin si mumy belum pandai menjaga anak2 nya , sebab baru pertama kali melahirkan.
        6) Kurang Makanan
      --> Hamster yang tidak memiliki cukup makanan di kandang akan automatik makan anaknya. Pastikan makanan dan minuman hamster diletak lebih dari baisanya kerana hamster yang baru melahirkan memelukan banyak air dan makanan untuk mengembalikan tenaganya.

Q : Saya nampak si mumy makan anaknya !!! Arghh ! Tidak. i want to save them.
A : Let it go ~ Let it go ~ kalau korang sudah nampak dia makan separuh dari badannya , korang tidak dapat buat apa-apa sudah. lebih baik dia makan sampai habis. Alice yakin , memang ada sebab tersebut mengapa si mumy sampai makan anak-anaknya.. mungkin sebab keadaan persekitaran yang terlalu terbuka , bising tau kekurangan makanan , minuman. atau mungkin sebab kandang tersebut ada kutu ? we all dont know. Lagipula kalau dia makan sampai habis , si mumy akan mendapat protein yang sangat kaya untuk melanjutkan hidup baby hamster yang lain. kalau boleh JANGAN DIGANGGU bila baby kena makan oleh si mumy , kerana mungkin akan menyebabkan si mumy bertambah stress dan akan memakan lagi anak-anaknya yang lain.

Q :Oh tidak ! Baby nya kena pijak2 oleh si mumy. huhu.
A : Dont worry sayang ,hamster tu kuat. biarpun mereka tenggelam dalam bedding , dia akan baik-baik sahaja. Baby hamster yang sihat akan berbunyi setiap saat dan akan berhenti bila bulu-nya sudah tumbuh. cit ,cit , cit ! :D

Thats all for today. Harap bagi para bloggers mendapat serba sedikit info mengenai bayi hamster melalui catatan saya di atas. Anything ? Just leave u comment. Alice akan membantu anda sebaik mungkin. 


Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Hamster-II ku ~

Hye korang , good morning , selamat pagi , salam sejahtera serta salam satu Malaysia. Hihi , macam nak baca berita lah pula. Kat tempat Alice sekarang mendung , entah hujan atau tak. Selesma dan batuk pun belum sembuh-sembuh lagi , pokok mangga kat luar dah berapa hari macam tak da semangat nak hidup. Bagi minum air banyak pun , keadaan sama juga. huhu.

Oke , hari ini Alice nak share dengan korang gambar2 hamster alice kat rumah. :)


                                                 
                         Kenal tak ni ? Ni lah baby hamster , alice ambil gambar ni time dia baru pas melahirkan ,
                                                   semua nya ada 8 ekor . pink2 gitu. hihi ( 1 Days Old )                                              


Yang ni Ginger Dan Garlic , Alice dapat bezakan mereka sebab seekor jantan seekor lagi betina. Sad news ,
selepas 2 minggu hanya 3 ekor ja yang dapat selamat. Ni 2 daripada 3 tu . ( 2 weeks old )


Ginger , Garlic dan mumy mereka , Cloudy , si mata merah. Ada macam mata vampire tak ? ahaha. Jangan takut. Memang normal lah ada hamster mata merah. hehe. Cute nya mereka makan sayur salad tu.


Garlic , si betina tengah posing maut. comel je tangan dia kan. ahaha



Ni lah si Putut , bapa kepada Ginger , Garlic & Black , husband kepada Cloudy. 




' Rumah ku , Syurga ku ' , rumah kepada hamster-II alice , Ini je yang Alice mampu , yang roda tu sebenarnya tak bagus untuk hamster tapi selama setengah tahun mereka sama Alice , semua masih sihat lagi, syukurlah. hihi. Tema cage mereka ni Pink & Hijau



Ni lah si Black , Alice sengaja nak cerita pasal dia last sekali sebab dia ni SPECIAL sikit . Hamster sepatutnya dalam masa 10-13 hari dah buka mata , tapi Black sampai sekarang tak buka buka mata dia. Mata sebelah kiri dia bengkak , berair :'( .. Lepastu , perut dia kembung , jalan pun kadang2 tumbang , kaki dia pun berketar-ketar bila jalan , tak macam Ginger & Garlic .. lari laju. huhu. Menurut info yang Alice baca dari Internet , hamster macam Black tak dapat hidup lama , mungkin dalam masa 2-4 hari dia akan PERGI meninggalkan Alice dan family-nya.Sedih juga , tapi apa boleh buat. Memang sakit macam ni tak ada ubat.Buat masa sekarang , Alice bagi dia layanan istimewa. Oleh kerana dia yang paling kecil , bila Alice bagi dia makan , yang lain akan rebut dri dia , so Alice bagi dia makan kat tangan sampai dia puas . Pastu bagi dia minum air sikit. Then , baru Alice bagi dia sama Mumy dia balik. Nanti bila ada masa , Alice buat post lain tentang penyakit hamster jenis k. 

* EXTRA* Ada siapa nampak Putut tak ?





Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Thursday, October 15, 2015

TIPS : Hamster Dan Keperluannya

Macam tajuk kat atas , hari ni Alice akan kongsikan perkara yang berkaitan dengan HAMSTER.. nampak tak kat " About Me " ? Alice gunakan gambar hamster sebagai gmbar profile. Tulah hamster alice , dorang dah bersama alice selama setengah tahun.. Oke , nak jaga hamster ni sebenarnya tak susah , cuma bagi alice lah kan , lau korang betul2 nak jaga hamster ni , korang mesti ada minat nak memelihara mereka sebab takkan korang nak beli hamster then simpan dia macam tu je ? tak nak ke korang ada hamster yang boleh bermanja dengan korang ? makan kat tangan korang ?

Bila stress je , alice suka jenguk2 kat mereka sebab gaya2 mereka tu terlalu comel sampai kadang-kadang boleh ketawa sorang2. Tak Caya ? Try lah bela seekor. Ok , direct to the point.

1) Cage ( Tempat menyimpan hamster )
 Bermacam jenis cage yang kita boleh nampak kat pet store. Ada yang kecil , besar , luas , tinggi ,         rendah. Kalau nak beli , cukuplah beli ikut kemampuan masing- masing k. Selain tu , korang boleh juga DIY Bin Cage , lagi murah and puas hati sbb hasil tangan sendiri. hehe. Macam alice , waktu mula-mula beli dlu , tak guna cage dari petstore .. cari container besar yang dah tak guna and then sekarang gunakan aquarium kaca bekas ikan sebagai cage. Puas hati beb nak decorate tempat untuk haiwan comel korang. hihi. Bila ada masa nanti alice post gambar cage k. Pastikan juga cage tu tinggi and tak ada lubang2 kecil yang boleh menyebabkan hamster tu melarikan diri. INGAT ! hamster bole kecilkan badan tau ! Mereka juga pintar untuk melarikan diri.

2) Bedding
 Kegunaan bedding ni ada lah sebagai alas tidur mereka dan juga ketika mereka kencing bedding tu akan menyerap kecing tu so tak de lah terlalu bau sangat kan ? Harga bedding cuma dalam rm8 - rm15 gtu je. makin banyak kuantiti , makin mahal la harga dia. Bedding yang alice guna kan adalah dari Tisu , DIY punya.. sengaja nak buat gitu sbb bole jimat bajet and lagi satu supaya bau alice melekat kat bedding tu. hehe. step2 nak buat hamster tu biasa dengan kita lah katakn.

3) Makanan & Minuman
 Makanan hamster bole didapati kat petstore juga.. harga paling murah rm3.. Betul , alice x tipu. kat sabah harga paling murah rm3 - rm3.50. tak tau lah tempat lain. Biasa nya makanan yang kena jual kat petstore tu lagi berkhasiat tau. Yang kuaci untuk manusia tu , tak boleh selalu bagi. Untuk TREAT bolehlah..Untuk minuman pula guna air masak tau. Kalau air paip , alice tak tau lah pula. Kalau cukup bajet , belilah sekali VITAMIN , biasa jual warna hijau. Campur je dengan air dia dalam setitik , 2 titik gtu. Botol air mereka boleh didapati dalam harga RM6.50.

4) Roda / ' Flying Saucer '
 Hah ! Yang ni fungsi dia supaya hamster tu boleh BERSENAM.. Hamster pun boleh obesiti juga tau terutama Dwarf Hamster jenis Campbell punya. Roda yang paling bagus adalah ' Silent Wheel ' , tak bising bila hamster tu main pada waktu malam dan tak mengganggu juga bila korang lena dibuai mimpi.. Tapi.. Alice masih guna yang ' wire ' punya. huhu. Belum ada bajet lagi nak convert p spinning wheel  tu. Dan juga kegunaan lain , supaya hamster kita tu tak berapa bosan. Dengan adanya RODA tu , bolehlah dia luangkan masa bangun dia dengan berlari dalam roda.

5) Sand Bath
 INGAT ! Hamster tak boleh mandi , jangan pula korunk bawa hamster korang mandi sama-sama. Hamster ni cepat jatuh sakit , bila dia terkena air and korang tak cepat2 keringkan dia , nnti mereka boleh kena selesma. Cari je kat petstore sand bath dorang , ada APPLE/LAVENDAR/LEMON dan macam-macam lagi. Alice beli hari tu wangian APPLE , RM3.50 je.. Tuang sedikit pasir tu dalam container , pastu masukkan hamster korang.. Tak payah mandikan. Dorang mandi dengan cara berguling-guling kat pasir.

6) Pengetahuan Yang Luas Mengenai Hamster
 Sayangilah mereka seperti anak sendiri , hehe. Maksud Alice , korang kena lah ada tahu serba-sedikit tentang hamster korang. Bila dia sakit ke , mengandung ke , dah tua ke. Jagalah mereka baik2 ye. Rajinkan diri anda meng'GOOGLE mengenai haiwan kesayangan anda. Join kat FORUM ni untuk berhubung dengan para pencinta hamster di seluruh negara.

Itu je untuk hari ini , jika Alice ada tersilap taip , maafkan lah diri ini. Kalau ada tersilap info pun , feel free to comment k. Sama2 memperbaiki kesilapan. Bye , sampai jumpa lagi di post akan datang.


Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

3 Jam BlogWalking ~

Wah.. tiga jam weh Blogwalking.. ada tak yang macam Alice ? Mestilah ada , ahaha. First time dalam dunia blog ni , masih banyak lagi yang Alice tak faham. huhu. tak pe , kita belajar perlahan-lahan. Dari tadi pagi menghadap laptop , makan minum depan laptop.. nak pergi tandas je baru lepaskan laptop. Mak aii ! nasib baik beliau tak ada. Lau ada , memang kompom dia akan membebel. Hehe.


Alice memang suka berkurung dalam bilik sambil menghadap laptop , earphone kat telinga , kadang2 jam 5 gtu baru kuar bilik nak pergi masak. Sebelum terlibat dalam dunia blog ni , alice memang cam tu juga , tak berubah.. yang berbezanya , sebelum ini , banyak menghabiskan waktu depan laptop sambil tengok youtube , tak pun tengok drama korea kat >SINI< atau tengok wayang online kat >SINI<.. 


TERIMA KASIH juga lah kepada para bloggers yang telah membuat Alice tertarik untuk b'blogging sambil menambah kenalan , meluaskan ilmu dan pikiran. hehe. Dah pukul 3.30 , hmm .. nak keluarkan ayam... nak masak. k bye . dalam masa 1 jam Alice nak sambung blogwalking lagi. hehe.



Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Wednesday, October 14, 2015

Belajar Blogging ! First Post

Finally ! After berbulan-bulan belajar buat blog dari Cik Lyssa & Anis SK.. berjaya juga Alice design sendiri blog ni.. walaupun x lawa macam bloggers yg lain tapi sekurang-kurangnya hasil tangan sendiri juga.. ye tak ? huhu. bukan perkara mudah tau nak buat blog ni.. Pertama , ko nak bagi orang baca blog ko dengan senang so background dia pun haruslah yang kemas.. Takkan ko nak biarkan orang baca blog ko tapi background berserabut giler.. tak nak kan.. So thanks bebanyak lah kepada Cik Lyssa n Kak Anis. Selain tu , alice ada belajar juga bina blog dari tempat lain.. nanti alice bagi link k.. so kepada newbies yang baru belajar nak berjinak-jinak dalam dunia blog.. boleh lah follow and belajar dari dorang..

Seperti yang alice tulis kat atas tadi , ni hah blog2 yang menyediakan pelbagai tutorial untuk newbies2.
  Cik Lyssa

  Anis SK

  Anis Syazwani

  Jom Bina Blog

  A'isyah Awfiyah

  FH DuniaImpianFatin

  Cik Dil

  Kemetot Chomel

  Nabila Medan

  Cik Farah

Sebenarnya , banyak lagi blog2 yang menyediakan pelbagai tuto.. Yang alice post kat atas ini adalah blog yang selalu alice jadikan rujukan untuk membina blog. Rajinkan lah diri anda usha2 blog mereka erk..huhu.. Nak tidur dah ni.. lewat dah..oleh kerana ni post alice yang pertama , macam rasa nya tak sabar untuk bangun besok pagi and buat post baru. Sampai jumpa esok. Good Night !

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com