Friday, October 30, 2015

ENA MENCARI 10 BLOGGER BERTUAH!


Ta- da ! Good Morning ! This is my second time join segmen kat blog. Guess what ? dia mencari 10 blogger bertuah untuk di bagi tempat special kat bloglist dia. Alice actually tidak berapa tahu apa tu bloglist.. so , Alice pun rajin2 lah blogwalking.. And then baru alice tahu apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan Bloglist tu. Buat masa sekarang Alice nak join2 dulu mana2 blog yang buat segmen bloglist ni.. Bila dah brapa faham.. Alice pula yg nak buat segmen macam ni. Hehe. Btw , kepada korang2 yang berminat boleh lah direct ke SINI untuk jenguk2 ye.

Syaratnya mudah aje tau, cuma perlu copy banner yang kat atas tu , and then buat satu entry ENA MENCARI 10 BLOGGER BERTUAH. Done ! Jom ramai2 support Ena :)

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Tuesday, October 27, 2015

[ GOSIP ARTIS ] Hanya sekadar Gimik ?


Ta-da ! nak sembang malam sikit pasal artis dua orang ni , Kamal Adli & Emma Maembong.. Actually minggu yang lepas , Alice tak sempat nak nonton Melodi kat TV3. Pasal apa ? Alah , tipu lah korang kalau tak tau video yang menjadi viral kat laman sosial , video yang tu lah , ye , video kamal kena penampar dengan Emma. Alice ni tak juga brapa minat dengan artis tapi video yang menjadi viral tu telah menarik perhatian Alice untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sama mereka ni. Ada yang kata Emma ni queen control lah , kuat jelas lah.. so whatever.. Rupa2 nya semua ni hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan iklan cola
PETALING JAYA: Seminggu lalu insiden Emma Maembong menampar Kamal Adli menjadi viral. Rentetan itu ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan istimewa mereka sudah berakhir.

Bagaimanapun semua itu hanya sebahagian gimik iklan produk minuman berperisa kola, Est Cola di bawah jenama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. Emma dan Kamal ditemui BH Online di Sri Pentas ketika majlis pelancaran produk berkenaan dilancarkan.

Kamal berkata, idea untuk menjadikan sebahagian sedutan iklan membabitkan adegan menampar itu sebagai gimik adalah idea daripada pihak produksi dan Est Cola.

 "Pihak produksi dan Est Cola terlebih dulu minta izin saya dan Emma sebelum ia diviralkan. Pada mulanya saya sendiri berbelah bagi dengan hal ini tetapi selepas berbincang dengan Emma, kami sepakat bersetuju.

 "Biar sedar kemungkinan yang terjadi lebih condong kepada negatif, tapi mengenangkan ia sekadar promosi produk itu, maka kami anggap ia hanya kerja. Hakikatnya memang kesan iklan itu negatif terutama kepada Emma apabila ramai yang marahkan dia menampar saya.

"Tapi secara ironinya, ia menjadi promosi yang secara tak langsung mengetengahkan jenama Est Cola. Saya kira ia berjaya dalam memperkenalkan produk itu," katanya.

Emma pula berkata, sejak memberi izin sedutan iklan itu diviralkan, Emma sedar kemungkinan kesannya lebih kepada negatif. "Tapi baik saya dan Kamal, ..kami sudah sedia dengan apa juga kesannya. Tapi saya bukanlah jenis manusia yang sewenang-wenangnya akan menampar orang. Memang gara-gara iklan itu, saya terus ditanya apa sebenarnya yang terjadi antara kami berdua. Laman sosial saya dipenuhi dengan persoalan dan kritikan.

"Tapi sebenarnya sedutan video itu hanya gimik. Jangan fikir bukan-bukan pula. Ia sekadar promosi Est Cola," kata Emma. Sementara itu, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong menyifatkan pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk cukup tepat dengan populariti mereka ketika ini. ( Sumber : BHARIAN )
Oh , macam tu rupanya.. baru Alice tahu. hihi.. Oklah korang.. good night.. :)

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

TIPS : Mengurangkan Rasa Lapar Ketika Berdiet


Hye korang , today alice nak share dengan korang tips untuk mengurangkan rasa lapar ketika berdiet.. Ok , actually Alice tak mengimpikan badan yang slim , BUT Alice nak badan yang sihat. Berat Alice 65kg tinggi pula 149cm * orang sabah bilang pindik2 tagap*, ehh ! tagap ka aku ? hihi. Alice ni bukan lah seorang yg kuat makan , dah keturunan kot dari mumy sampai dady semua badan besar. Kecuali bila di hadapan Alice ada makanan yg berunsurkan CHOCOLATE terutama cadbury. OMG ~ tak lepas tau makanan kat tangan tu. Pernah dulu time Alice kerja , asal dapat gaji je nak beli oreo , chocolate cadbury yang besar sekali , yg kecil pun ada untuk stok, susu coklat, choki-choki , biskut coklat.. bole dikatakan bilik Alice penuh dengan coklat. Dont worry , manis tu mmglah .. ada buat medical checkup juga.. takda juga dorang detect terlebih gula dalam badan. Ahaha. N lagi satu problem Alice , bila berat badan melebihi 70KG , period alice jadi tak lancar.. Pernah dulu setahun 2 kali je period. Bayangkan lah.. Betapa risaunya hidup macam tu.. Bila period alice jadi tak lancar je, alice kompom berat badan alice dah melebihi dari 70kg..Apa yang alice amalkan ?Paling penting , setkan dalam minda anda , Diet untuk sihat bukan untuk cantik. Kat bawah ni adalah benda yang alice amalkan ketika berdiet. Alice tak paksa korang ikut k.. alice just share pa yg alice do when i'm on diet.

  TIDAK BERSARAPAN
- Yang ni alice rasa tak sesuai kot untuk semua orang. Terutama bagi yang ada penyakit 'gastrik'. Bila alice on diet je , alice tidak akan mengambil sarapan.. apa jenis makanan pun. Alice cuma akan minum segelas milo je. Kalau sampai alice termakan sedikit makanan awal pagi , kompom sepanjang hari tu mulut alice tak akan berhenti mengunyah.Pendekkan cerita sehari , Alice cuma makan satu kali je , time dinner. Bagi Alice , kalau boleh makan 4 jam sebelum waktu tidur. So , makanan tu sempat turun .. tak de lah perut tu buncit.

 BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
- Korang beli je satu botol besar khas untuk korang yang boleh muat 2 liter air. Alice ada terbaca kat page Kevin Zahri kalau 2 liter itu bersamaan dengan 8 gelas air kosong. Bagi Alice , menggunakan botol air adalah lebih berkesan kot.. sebab bila kita menggunakan botol , kita boleh nampak brapa banyak dah air yang kita dah minum. Gunakan gelas pun oke juga bha , tapi tu lah kadang2 kita dah lupa brapa gelas kita dah ambil. ye tak ? hehe. Sekarang alice menggunakan botol air yg kena beli kat kedai One Stop aka kedai dua ringgit , yang boleh memuatkan air sebanyak 1.5 liter. So , Alice pastikan air tu habis sebelum malam , dan kemudian isi kan lagi balik.

 JAUHKAN DIRI DARI DAPUR
- Ada yang beranggapan kalau rasa lapar kita itu ada kaitannya dengan DAPUR. Kenapa ? Cuba bayangkan , korang tengah on diet.. tetiba je mata tertumpu kat fridge.. teringat dengan isi kat dalam perut fridge tu..OMG ~ ada ayam goreng , sisa kfc semalam , sisa pizzahut.. ada ice cream lagi.. kompom terus perut tu merengek nak minta makan kan. hehe. Senang je nak lupakan semua makanan tu .. bagi Alice , bila teringat makanan je , trus alice akan buka youtube tengok drama korea.. terpacak depan laptop sampai waktu dinner..

 MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
- Dah diet satu hari , bila dinner jangan pula korang pergi lahap segala Junk Food yang ada kat dapur tu.. kalau boleh makan lah banyak2 sayur and buah-buahan.Satu lagi tips Alice , minum air setengah jam sebelum makan .. boleh mengurangkan rasa lapar.. dan juga , makan lah dengan perlahan. jangan gelojoh. :)
_________________________________________________________________________________


p/s : Setiap orang ada cara hdup diet yang berbeza2. Apa yang alice kongsikan kat atas merupakan benda yang alice amalkan sampai sekarang. Cuma yg bab makan coklat2 tu alice dah kurangkan. hihi :D. 

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Monday, October 26, 2015

Misteri Hotel Cecil, Los Angeles

Hye korang ! good evening.. Bertemu lagi kita pada hari ini dalam segmen SERAM.. hihi.Sebelum korang teruskan membaca , pastikan korang tak bersendirian ye. Time menaip ni pun , Alice buka jendela besar2 .. tak nak rasa sunyi sebab tengah bersendirian dalam bilik. Alice ni kadang2 penakut , kadang berani lah plak. Ok , biasanya orang akan post cerita seram yang ada di negara masing2 , ni kali alice nak buat kelainan pula.. nak share dengan korang kisah misteri di luar negara. Antaranya Hotel Cecil , pernah dengar or terbaca tak ? kalau tak pernah . lets begin :)
_________________________________________________________________________________


 

Hotel Cecil merupakan hotel bajet yang mempunyai 600 bilik tetamu ( pada asalnya 700 ) dan terletak di Downtown Angeles ( 640 Main street ). Ianya dibina pada tahun 1924 untuk pelancong perniagaan tetapi pada tahun 1950 ianya menjadi tempat tinggal untuk orang yang kehilangan tempat berteduh.

Hotel ini menjadi terkenal dengan beberapa kes bunuh diri , aktiviti pembunuhan berantai dan juga dikatakan sebagai tempat yang berhantu. Pada tahun 1985 , ia merupakan kediaman seorang pembunuh bersiri iaitu Richard Ramirez , dan Jack Unterweger pada tahun 1991. Khabar angin juga ada menyatakan bahawa Hotel Cecil merupakan tempat terakhir bagi Elizabeth Short ( lahir pada tanggal 29 July 1924, menjadi perhatian jejaka2 kerana wajahnya yang cantik dan pada usia muda nya, dia berpindak ke Hollywood untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon ) dilihat sebelum dia dibunuh. 

Pada Bulan February 2013 , mayat Elisa Lam , 21 tahun , seorang pelajar Kanada ditemui dalam keaaan berbogel di dalam salah satu daripada tangki air minum di atas bumbung hotel.Elisa dilaporkan hilang pada tanggal 31 Jan dan kemudian ditemui pada 19 Feb oleh salah seorang pekerja penyelenggaraan. Pada 13 Feb , pihak polis Los Angeles menyebarkan sebuah video yang merupakan rakaman CCTV di salah satu lif Hotel Cecil untuk meminta bantuan daripada masyarakat setempat yang mungkin ternampak Elisa.

Di dalam rakaman cctv tersebut ( YOUTUBE ), Elisa kelihatan sangat ganjil kerana ketika dia memasuki lif di tingkat 14 , dia terus menekan beberapa butang sekaligus sambil mendekatkan kepalanya , kemudian dia menunggu pintu lif tertutup. Oleh kerana , pintu lif tersebut tidak tertutup , Elisa menjenguk ke luar dengan gaya yang aneh kemudian masuk kembali kedalam lif sambil menghimpitkan dirinya di sudut seolah-olah bersembunyi dari seseorang. Kemudian dia ke luar lif lagi dan melihat kiri dan kanan dan masuk kembali ke dalam lif sambil menekan butang berulang2. Setelah itu , ia kembali ke luar lif dan di sebelah lif kiri , Elisa menggerakkan tangannya seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang dengan gaya tangannya yg bergerak2 macam menari/berenang. Di situlah Elisa Lam di lihat kali terakhir


Pada tanggal 31 Feb , pihak polis Los Angeles telah selesai menyiasat kematian Elisa dan mengumumkan bahawa kematinnya akibat lemas kerana terjatuh ke dalam tangki air tersebut. Pihak polis juga menyatakan bahawa Elisa menderita penyakit Bipolar Disorder ( Penyakit Mental yang berhubungkain dengan perubahan mood )  yang juga merupaka salah sau sebab kematiannya.
_________________________________________________________________________________

Kematian Elisa Lam merupakan satu misteri yang berlaku di Hotel Cecil terutama dengan rakaman CCTV yang tidak dapat dijelaskan.Alice ada terbaca dalam satu blog ni bahawa kematian Elisa merupakan salah satu daripada mangsa pembunuhan berantai disana , ada juga yang menyatakan bahawa kematiannya ada hubung kait dengan roh2 jahat yang tidak tenang akibat daripada dibunuh disana. Betul atau tidak , hanya Tuhan yang tahu apa berlaku kepada dia. Rest In Peace Elisa Lam.  

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com