Friday, October 30, 2015

ENA MENCARI 10 BLOGGER BERTUAH!


Ta- da ! Good Morning ! This is my second time join segmen kat blog. Guess what ? dia mencari 10 blogger bertuah untuk di bagi tempat special kat bloglist dia. Alice actually tidak berapa tahu apa tu bloglist.. so , Alice pun rajin2 lah blogwalking.. And then baru alice tahu apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan Bloglist tu. Buat masa sekarang Alice nak join2 dulu mana2 blog yang buat segmen bloglist ni.. Bila dah brapa faham.. Alice pula yg nak buat segmen macam ni. Hehe. Btw , kepada korang2 yang berminat boleh lah direct ke SINI untuk jenguk2 ye.

Syaratnya mudah aje tau, cuma perlu copy banner yang kat atas tu , and then buat satu entry ENA MENCARI 10 BLOGGER BERTUAH. Done ! Jom ramai2 support Ena :)

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Tuesday, October 27, 2015

[ GOSIP ARTIS ] Hanya sekadar Gimik ?


Ta-da ! nak sembang malam sikit pasal artis dua orang ni , Kamal Adli & Emma Maembong.. Actually minggu yang lepas , Alice tak sempat nak nonton Melodi kat TV3. Pasal apa ? Alah , tipu lah korang kalau tak tau video yang menjadi viral kat laman sosial , video yang tu lah , ye , video kamal kena penampar dengan Emma. Alice ni tak juga brapa minat dengan artis tapi video yang menjadi viral tu telah menarik perhatian Alice untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sama mereka ni. Ada yang kata Emma ni queen control lah , kuat jelas lah.. so whatever.. Rupa2 nya semua ni hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan iklan cola
PETALING JAYA: Seminggu lalu insiden Emma Maembong menampar Kamal Adli menjadi viral. Rentetan itu ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan istimewa mereka sudah berakhir.

Bagaimanapun semua itu hanya sebahagian gimik iklan produk minuman berperisa kola, Est Cola di bawah jenama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. Emma dan Kamal ditemui BH Online di Sri Pentas ketika majlis pelancaran produk berkenaan dilancarkan.

Kamal berkata, idea untuk menjadikan sebahagian sedutan iklan membabitkan adegan menampar itu sebagai gimik adalah idea daripada pihak produksi dan Est Cola.

 "Pihak produksi dan Est Cola terlebih dulu minta izin saya dan Emma sebelum ia diviralkan. Pada mulanya saya sendiri berbelah bagi dengan hal ini tetapi selepas berbincang dengan Emma, kami sepakat bersetuju.

 "Biar sedar kemungkinan yang terjadi lebih condong kepada negatif, tapi mengenangkan ia sekadar promosi produk itu, maka kami anggap ia hanya kerja. Hakikatnya memang kesan iklan itu negatif terutama kepada Emma apabila ramai yang marahkan dia menampar saya.

"Tapi secara ironinya, ia menjadi promosi yang secara tak langsung mengetengahkan jenama Est Cola. Saya kira ia berjaya dalam memperkenalkan produk itu," katanya.

Emma pula berkata, sejak memberi izin sedutan iklan itu diviralkan, Emma sedar kemungkinan kesannya lebih kepada negatif. "Tapi baik saya dan Kamal, ..kami sudah sedia dengan apa juga kesannya. Tapi saya bukanlah jenis manusia yang sewenang-wenangnya akan menampar orang. Memang gara-gara iklan itu, saya terus ditanya apa sebenarnya yang terjadi antara kami berdua. Laman sosial saya dipenuhi dengan persoalan dan kritikan.

"Tapi sebenarnya sedutan video itu hanya gimik. Jangan fikir bukan-bukan pula. Ia sekadar promosi Est Cola," kata Emma. Sementara itu, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong menyifatkan pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk cukup tepat dengan populariti mereka ketika ini. ( Sumber : BHARIAN )
Oh , macam tu rupanya.. baru Alice tahu. hihi.. Oklah korang.. good night.. :)

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

TIPS : Mengurangkan Rasa Lapar Ketika Berdiet


Hye korang , today alice nak share dengan korang tips untuk mengurangkan rasa lapar ketika berdiet.. Ok , actually Alice tak mengimpikan badan yang slim , BUT Alice nak badan yang sihat. Berat Alice 65kg tinggi pula 149cm * orang sabah bilang pindik2 tagap*, ehh ! tagap ka aku ? hihi. Alice ni bukan lah seorang yg kuat makan , dah keturunan kot dari mumy sampai dady semua badan besar. Kecuali bila di hadapan Alice ada makanan yg berunsurkan CHOCOLATE terutama cadbury. OMG ~ tak lepas tau makanan kat tangan tu. Pernah dulu time Alice kerja , asal dapat gaji je nak beli oreo , chocolate cadbury yang besar sekali , yg kecil pun ada untuk stok, susu coklat, choki-choki , biskut coklat.. bole dikatakan bilik Alice penuh dengan coklat. Dont worry , manis tu mmglah .. ada buat medical checkup juga.. takda juga dorang detect terlebih gula dalam badan. Ahaha. N lagi satu problem Alice , bila berat badan melebihi 70KG , period alice jadi tak lancar.. Pernah dulu setahun 2 kali je period. Bayangkan lah.. Betapa risaunya hidup macam tu.. Bila period alice jadi tak lancar je, alice kompom berat badan alice dah melebihi dari 70kg..Apa yang alice amalkan ?Paling penting , setkan dalam minda anda , Diet untuk sihat bukan untuk cantik. Kat bawah ni adalah benda yang alice amalkan ketika berdiet. Alice tak paksa korang ikut k.. alice just share pa yg alice do when i'm on diet.

  TIDAK BERSARAPAN
- Yang ni alice rasa tak sesuai kot untuk semua orang. Terutama bagi yang ada penyakit 'gastrik'. Bila alice on diet je , alice tidak akan mengambil sarapan.. apa jenis makanan pun. Alice cuma akan minum segelas milo je. Kalau sampai alice termakan sedikit makanan awal pagi , kompom sepanjang hari tu mulut alice tak akan berhenti mengunyah.Pendekkan cerita sehari , Alice cuma makan satu kali je , time dinner. Bagi Alice , kalau boleh makan 4 jam sebelum waktu tidur. So , makanan tu sempat turun .. tak de lah perut tu buncit.

 BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
- Korang beli je satu botol besar khas untuk korang yang boleh muat 2 liter air. Alice ada terbaca kat page Kevin Zahri kalau 2 liter itu bersamaan dengan 8 gelas air kosong. Bagi Alice , menggunakan botol air adalah lebih berkesan kot.. sebab bila kita menggunakan botol , kita boleh nampak brapa banyak dah air yang kita dah minum. Gunakan gelas pun oke juga bha , tapi tu lah kadang2 kita dah lupa brapa gelas kita dah ambil. ye tak ? hehe. Sekarang alice menggunakan botol air yg kena beli kat kedai One Stop aka kedai dua ringgit , yang boleh memuatkan air sebanyak 1.5 liter. So , Alice pastikan air tu habis sebelum malam , dan kemudian isi kan lagi balik.

 JAUHKAN DIRI DARI DAPUR
- Ada yang beranggapan kalau rasa lapar kita itu ada kaitannya dengan DAPUR. Kenapa ? Cuba bayangkan , korang tengah on diet.. tetiba je mata tertumpu kat fridge.. teringat dengan isi kat dalam perut fridge tu..OMG ~ ada ayam goreng , sisa kfc semalam , sisa pizzahut.. ada ice cream lagi.. kompom terus perut tu merengek nak minta makan kan. hehe. Senang je nak lupakan semua makanan tu .. bagi Alice , bila teringat makanan je , trus alice akan buka youtube tengok drama korea.. terpacak depan laptop sampai waktu dinner..

 MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
- Dah diet satu hari , bila dinner jangan pula korang pergi lahap segala Junk Food yang ada kat dapur tu.. kalau boleh makan lah banyak2 sayur and buah-buahan.Satu lagi tips Alice , minum air setengah jam sebelum makan .. boleh mengurangkan rasa lapar.. dan juga , makan lah dengan perlahan. jangan gelojoh. :)
_________________________________________________________________________________


p/s : Setiap orang ada cara hdup diet yang berbeza2. Apa yang alice kongsikan kat atas merupakan benda yang alice amalkan sampai sekarang. Cuma yg bab makan coklat2 tu alice dah kurangkan. hihi :D. 

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Monday, October 26, 2015

Misteri Hotel Cecil, Los Angeles

Hye korang ! good evening.. Bertemu lagi kita pada hari ini dalam segmen SERAM.. hihi.Sebelum korang teruskan membaca , pastikan korang tak bersendirian ye. Time menaip ni pun , Alice buka jendela besar2 .. tak nak rasa sunyi sebab tengah bersendirian dalam bilik. Alice ni kadang2 penakut , kadang berani lah plak. Ok , biasanya orang akan post cerita seram yang ada di negara masing2 , ni kali alice nak buat kelainan pula.. nak share dengan korang kisah misteri di luar negara. Antaranya Hotel Cecil , pernah dengar or terbaca tak ? kalau tak pernah . lets begin :)
_________________________________________________________________________________


 

Hotel Cecil merupakan hotel bajet yang mempunyai 600 bilik tetamu ( pada asalnya 700 ) dan terletak di Downtown Angeles ( 640 Main street ). Ianya dibina pada tahun 1924 untuk pelancong perniagaan tetapi pada tahun 1950 ianya menjadi tempat tinggal untuk orang yang kehilangan tempat berteduh.

Hotel ini menjadi terkenal dengan beberapa kes bunuh diri , aktiviti pembunuhan berantai dan juga dikatakan sebagai tempat yang berhantu. Pada tahun 1985 , ia merupakan kediaman seorang pembunuh bersiri iaitu Richard Ramirez , dan Jack Unterweger pada tahun 1991. Khabar angin juga ada menyatakan bahawa Hotel Cecil merupakan tempat terakhir bagi Elizabeth Short ( lahir pada tanggal 29 July 1924, menjadi perhatian jejaka2 kerana wajahnya yang cantik dan pada usia muda nya, dia berpindak ke Hollywood untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon ) dilihat sebelum dia dibunuh. 

Pada Bulan February 2013 , mayat Elisa Lam , 21 tahun , seorang pelajar Kanada ditemui dalam keaaan berbogel di dalam salah satu daripada tangki air minum di atas bumbung hotel.Elisa dilaporkan hilang pada tanggal 31 Jan dan kemudian ditemui pada 19 Feb oleh salah seorang pekerja penyelenggaraan. Pada 13 Feb , pihak polis Los Angeles menyebarkan sebuah video yang merupakan rakaman CCTV di salah satu lif Hotel Cecil untuk meminta bantuan daripada masyarakat setempat yang mungkin ternampak Elisa.

Di dalam rakaman cctv tersebut ( YOUTUBE ), Elisa kelihatan sangat ganjil kerana ketika dia memasuki lif di tingkat 14 , dia terus menekan beberapa butang sekaligus sambil mendekatkan kepalanya , kemudian dia menunggu pintu lif tertutup. Oleh kerana , pintu lif tersebut tidak tertutup , Elisa menjenguk ke luar dengan gaya yang aneh kemudian masuk kembali kedalam lif sambil menghimpitkan dirinya di sudut seolah-olah bersembunyi dari seseorang. Kemudian dia ke luar lif lagi dan melihat kiri dan kanan dan masuk kembali ke dalam lif sambil menekan butang berulang2. Setelah itu , ia kembali ke luar lif dan di sebelah lif kiri , Elisa menggerakkan tangannya seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang dengan gaya tangannya yg bergerak2 macam menari/berenang. Di situlah Elisa Lam di lihat kali terakhir


Pada tanggal 31 Feb , pihak polis Los Angeles telah selesai menyiasat kematian Elisa dan mengumumkan bahawa kematinnya akibat lemas kerana terjatuh ke dalam tangki air tersebut. Pihak polis juga menyatakan bahawa Elisa menderita penyakit Bipolar Disorder ( Penyakit Mental yang berhubungkain dengan perubahan mood )  yang juga merupaka salah sau sebab kematiannya.
_________________________________________________________________________________

Kematian Elisa Lam merupakan satu misteri yang berlaku di Hotel Cecil terutama dengan rakaman CCTV yang tidak dapat dijelaskan.Alice ada terbaca dalam satu blog ni bahawa kematian Elisa merupakan salah satu daripada mangsa pembunuhan berantai disana , ada juga yang menyatakan bahawa kematiannya ada hubung kait dengan roh2 jahat yang tidak tenang akibat daripada dibunuh disana. Betul atau tidak , hanya Tuhan yang tahu apa berlaku kepada dia. Rest In Peace Elisa Lam.  

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Friday, October 23, 2015

THROWBACK : Murder Of Junko Furuta

Morning korang and Salam Jumaat , hari ni topik Alice "THROWBACK" , mengada je aku nak buat topik sekali.. ahaha. THROWBACK pasal apa pula ? Ni , nak imbas kembali pembunuhan seorang remaja yang bernama Junko Furuta. Kes ini berlaku pada tahun 1988  di Jepun. Time ni Alice belum lagi lahir and semalam first time Alice baca pasal ni. So , lets begin.
_________________________________________________________________________________


Pada 25 November 1988 , seorang gadis malang yang bernama Junko Furuta , diculik oleh 4 orang lelaki , dan dikurung selama 44 hari di rumah Kamisaku , salah seorang dari penculik Furuta.Mereka memperkenalkan Furuta kepada keluarga Kamisaku sebagai girlfriend salah seorang daripada 4 penculik tersebut. Untuk menyembunyikan perbuatan mereka , salah seorang daripada penculik itu menyuruh Furuta untuk menghubungi keluarga nya dan memberitahu mereka bhawa dia telah lari dari rumah bersama seorang kawan dan berada dalam keadaan yang baik2. Furuta berkali-kali melakukan percubaan melarikan diri dan mencuba untuk meminta bantuan daripada kelurga Kamisaku , tetapi tidak dipedulikan kerana mereka telah di ancam oleh salah seorang dari penculik ( pemimpin yakuza kelas rendah ) , untuk membunuh siapa2 sahaja yang masuk campur dalam urusan mereka

KRONOLOGI PENYIKSAAN JUNKO FURUTA

Hari Pertama : 22 November 1988, Diculik
- Diculik , dan dikurung sebagai tahanan di rumah Kamisaku
- Dirogol ( lebih dari 400 kali , selama 44 hari )
- Dibagi makan lipas dan minum air kencing
- Dipaksa menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka bahawa dia melarikan diri.
- Dipaksa berbogel dihadapan penculiknya
- Dipaksa beronani
- Kemaluan dan duburnya dimasukkan dengan benda asing dari yang kecil sampa yang besar

Hari Ke-11: 1 December 1988
- Dipukul berulang kali
- Tangan diikat pada siling dan badan dijadikan punching bag. 
- Mukanya dihadapkan di lantai konkrit dan kemudian , penculik melompat ke atas kepalanya
- Hanya dapat bernafas melalui mulut sebab hidungnya dipenuhi dengan darah.
- Benda berat dijatuhkan di atas perutnya
- Muntah ketika minum air sebab perutnya tidak dapat menerima air akibat penyeksaan 
- Cecair mudah terbakar di tuangkan di kakinya kemudia di bakar.
- Botol dimasukkan kedalam dubur dan menyebabkan kecederaan yang sangat teruk

Hari Ke-20: 10 December 1988
- Tidak dapat berjalan sebab kakinya dibakar
- Bunga api dan mercun dimasukkan kedalam dubur dan dinyalakan
- Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya di pecahkan
- Dipukul dengan kayu golf
- Rokok dicucuh dalam kemaluan
- Dipukul dengan batang besi berulang kali
- Sewaktu salji turun , Furuta dipaksa duduk dan tidur diluar rumah
- Besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluaanya dan menyebabkan pendarahan teruk

Hari Ke-30
- Lilin panas dititiskan di atas muka
- Kelopak mata dibakar dengan mancis
- Dada ditikam dengan jarum
- Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
- Mentol yang panas dimasukkan kedalam kemaluan
- Gunting disula kedalam kemaluan
- Tidak boleh kencing dengan baik akibat kecederaan yang teruk sekali.
- Mengambil masa sejam untuk turun tangga ke tandas akibat kecederaan di badan

Hari Ke-40
- Furuta merayu kepada penculiknya agar membunuh sahaja dia dan biarkan semuanya berakhir

1 January 1989
- Menyambut tahun baru seorang diri dalam keadaan badan yang lumpuh..

Hari Ke-44: The End Of Her Life
- Akibat penculiknya frust kalah main mahjung , mereka bertindak memukul Furuta dengan objek berat , sehingga menyebabkan darah keluar mencurah-curah dari mulutnya. Tidak puas dengan seksaan itu , mereka mencucuhkan api lilin ke muka dan kedalam matanya.
- Selepas itu ,minyak dicurahkan ke perut, lengan , kaki dan api dinyalakan. Penyiksaan terakhir berlangsung selama 2 jam
- Menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan yang nazak * God Bless Her *

_________________________________________________________________________________

PEMBUNUH2 JUNKO FURUTA


Dari Kiri : Jo Kamisaku , Miyano Hiroshi , Watanabe Yasushi , Minato Nobuharu

Pemuda tersebut ditahan dan dibicara sebagai orang dewasa; tetapi, menurut cara negeri Jepun menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja, identiti mereka dirahsiakan. Bagaimanapun, majalah Shūkan Bunshun melaporkan nama sebenar mereka, mendakwa bahawa "hak kemanusiaan tidak terpakai pada binatang".
Bagi pembabitannya dalam jenayah, Kamisaku dihukum lapan tahun di tahanan remaja sebelum dia dibebaskan pada Ogos1999. Pada Juli 2004, di ditahan kerana menyerang kenalan, yang dia percaya mengumpan teman wanitanya darinya, dan dikatakan bercakap besar mengenai kelakukan sebelumnya. Kamisaku dipenjara selama tujuh tahun kerana memukul.
Keluarga Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak perempuan mereka dan memulakan saman awam terhadap keluarga pemuda di mana jenayah dilakukan. Apabila sesetengah sabit kesalahan dibatalkan kerana masaalah bukti fizikal (mani dan rambut ari-ari yang diambil dari mayat tidak menyamai pemuda yang ditahan), penguambela yang mengendali saman awam memutuskan tiada kes untuk diteruskan dan enggan meneruskannya.
Pada Julai 1990 mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ketua pendera selama tujuh belas tahun dipenjara. Mahkamah menjatuhkan salah seorang yang terbabit empat hingga enam tahun, seorang lagi selama tiga hingga empat tahun, dan seorang lagi hukuman tidak ditetapkan antara lima hingga sepuluh tahun. Ketua dan dua yang pertama merayu hukuman mereka. Mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman lebih berat kepada ketiga-tiga pihak merayu.
Hakim bersidang, Ryūji Yanase, menyatakan bahawa mahkamah melakukannya kerana sifat jenayah, kesannya pada keluarga mangsa, dan kesan kepada masyarakat. Ketuanya menerima hukuman dua puluh tahun, hukuman kedua berat selepas penjara seumur hayat. Bagi kedua yang bersubahat, yang menerima hukuman asal empat hingga enam tahun, menerima hukuman lima hingga sembilan tahun. Seorang lagi hukumannya ditingkatkan kepada lima hingga tujuh tahun. ( Source : Here )
_________________________________________________________________________________
Bagi Alice hukuman yang dikenakan kepada penculik2 tu tak setimpal dengan apa yang di alami oleh Furuta. Bayangkan , kita orang perempuan ( Please Open Minded ckit , jangan nak cakap post alice ni bebaur lucah pula ) , kemaluan dicucuh benda panas , benda tajam.. kemudian puting kita kena potong daan dihancurkan.. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Mengapa lah mereka hanya dibicara dan dipenjara dan dibebaskan kembali. Kan lebih baik kalau mereka meringkuk je dalam penjara seumur hidup. Nak kata mereka manusia berhati binatang , haiwan lagi lebih baik dari mereka. Apa2 pun , pandai-pandai lah kita menjaga diri. Walaupun kes ni dah bertahun lamanya , tidak mungkin kes yang sama akan berulang kembali kan ? Buktinya , ingat lagi tak kes adik NURIN ? Nanti alice nak buat THROWBACK untuk kes adik nurin lagi. Kalau boleh kita orang perempuan kena belajar serba sedikit teknik mempertahankan diri untuk pertahankan diri dari kes-kes culik , rogol dll. 

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Wednesday, October 21, 2015

Ucing Nak URL 2

Hye korang.. today , saat ni alice nak join segmen dari UCING. This is my first time join2 macam gini tau.. Walaupun tak berapa faham , alice kan masih newbie dalam dunia blog..tapi nak join juga sebab nak meriahkan lagi segmen tu.



http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html

Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Tuesday, October 20, 2015

INFO:Hamster & Penyakitnya



Hye korang , Harap semunya sihat2 je.kemarin satu hari alice tak da post anything. Trus terasa lain. hehe. Btw , today alice nak share dengan korang Hamster dan penyakitnya . Ingat manusia je pandai sakit , haiwan pun boleh juga lah. hehe. Before that , semua yang tercatat di bawah ada lah sumber dari GOOGLE , dan di taip semula oleh saya , Alice. So , lets begin.

FLU HAMSTER/HAMSTER COLD
 
Hamster flu ataupun selesma biasanya disebabkan oleh penurunan suhu secara tiba-tiba ATAU terjangkit daripada orang sekelilingnya. So , kalau korang terkena flu , cuba menjauhkan diri dari hamster korang k. Tanda-tanda hamster yang terkena flu adalah selalu bersin , hidung mereka basah dan mereka akan lebih suka berada di sudut sudut cage sambil tidur membongkok. Untuk mengelakkan penyakit ini , jangan sesekali MANDIKAN hamster korang. Keringkan serta merta jika mereka terkena air. Dan langkah yang perlu di ambil untuk mengelakkan penyakit berlarutan ialah letakkan cage mereka di tempat yang hangat atau letakkan lampu di atas cage , Letak serbuk kayu sebanyak yg mungkin , bagi mereka makanan yang sudah dihancurkan serta air yang di campur madu.

HAMSTER STICKY EYES/HAMSTER KONJUKTIVITIS
Apa itu konjuktivitis ? Alice pun baru first time dengar ayat ni. Selama ni alice cuma tau sticky eyes je. Konjuktivitis tu adalah radang selaput mata akibat mata yang sakit atau merah.Penyebab penyakit ini pada hamster adalah disebabkan allergy daripada bedding/serbuk kayu yang kotor. Tanda tanda nya , mata hamster akan berwarna merah dan hamster akan selalu menggaruk-garuk matanya sehingga menyebabkan dia sukar untuk melihat. Cara mencegahnya , pastikan korang tukar bedding tu bila dah terlalu kotor. kalau alice tak silap , limit dia dua minggu sekali. 

HAMSTER WET TAIL/EKOR BASAH
Stress dan pola makanan yang tidak seimbang adalah penyabab daripada penyakit ini menyerang dan boleh menyebabkan diarea (ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa). Tanda tandanya , hamster akan kehilangan selera makan , berjalan dengan perlahan dan yang paling ketara ,daerah bawah ekor mereka akan kelihatan basah.Korang boleh mengatasi nya dengan memberikan sedikit madu dalam makanan mereka untuk menaikkan selera makan , kedua , pastikan sekeliling mereka tenang dan hangat gitu. hehe. Kalau korang ckup bajet , bawa lah hamster kesayangan korang ke klinik haiwan yang berdekatan. 

HAMSTER RESPIRATORY PROBLEM
Tanda tanda hamster yang mengalami masalah pernafasan adalah , paru-paru mereka membengkak , pernafasan lambat dan berbunyi ketika bernafas. Cara mengatasi nya adalah dengan mengurangkan mainan mereka , tukar serbuk kayu korang dengan tisu dan jauhkan cage mereka dari tempat yang kuat berhabuk.Cukup bajet , bawa mereke ke Klinik Haiwan yang berdekatan.
HAMSTER BLADDER STONE
 
  Tanda tanda hamster yang terkena penyakit kecing batu karang ( pandai-pandai je Alice ) adalah mereka akan kelihatan lemas , pucat dan macam tidak bermaya.. Selain itu , korang juga akan perasan ada darah di tempat mereka membuang kencing. Anda boleh mengatasinya dengan mecampurkan sedikit garam kedalam makanan/air , kedua , berikan mereka sayur-sayuran/makanan basah sehingga penyakit mereka berkurangan.

HAMSTER HAIR LOSS/PROTEIN DEFICIENCY
 
  Hamster juga memerlukan protein yang cukup untuk badan mereka. Jika protein itu tidak mencukupi , maka macam2 gejala akan berlaku kepada mereka antaranya bulu mereka akan gugur , kuku akan hilang , pneumonia, pertumbuhan yang terbantut apalagi untuk hamster yang masih muda. Cara mengatasi nya adalah berikan mereka protien seperti telur putih ( rebus ) , dada ayam ( rebus ) , kacang2 , dan keju.

HAMSTER DIAREA
Diarea hamster disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak seimbang , makanan yang sudah lama , busuk serta air yang kotor. dan juga boleh disebabkan oleh pemberian sayur yang berlebihan. Tanda2nya , najis mereka berwarna hijau dan juga kuantiti najis tu tersangat banyak. Cara mencegahnya , ganti makanan hamster korang bila basah sebab ada hamster suka kencing di tempat makanan dorang seperti hamster alice. Air mereka ganti dua hari berturut-turut k. Kalau macam Alice , seminggu dua kali je bagi sayur. Alice asingkan piring makanan basah dengan yang kering. Dan juga , Alice akan bagi mereka pada waktu pagi , so sebelum tidur alice akan check makanan dorang. Kalau tak habis , alice akan buang je terus. 

HAMSTER OBESITI ? Oops !
Perhatikan hamster korang samada dia comel ataupun sudah kena serang penyakit obesiti. Hehe. Well ,syukurlah hamster alice semuanya kurus2 , tapi kadang2 jeles juga tengok hamster orang lain semuanya gemuk2, chubby2. huhu. Ok , tanda2 hamster korang obesiti adalah kemalasan mereka di tahap yang paling tinggi setinggi gunung kinabalu. :D Cara mencegahnya , kurangkan bagi KUACI , sebab dipercayai kuaci mempunyai kadar gula yang tinggi bagi hamster.Berikan mereka wheel , hamster ball dan banyak lagi. Korang boleh je buat bermacam2 mainan untuk hamster korang daripada roll tisu dengan menggunakan tahap kretiviti korang yang paling genius. hehe. Buat hamster korang sibuk sampai mereka tertidur. Ahahaha.

HAMSTER STROKE
Alice rasa lah kan , info ni penting bagi mereka yang hendak pelihara hamster. Dulu alice pernah dah sekali menghadapi hamster yang terkena stroke. Time tu alice belum berapa mahir dalam bidang hamster. Waktu tu , alice beli dia sebelah pagi dalam jam 10 pagi. Lepas tu , alice pergi rumah kawan .. Alice tinggal je dia dalam kereta. Bayangkan betapa panas nya time tu .. Tapi ada orang jaga juga. tik tok tik tok , tiba-tiba orang teriak nama alice " Lis , hamster ko pingsan sudah" ( dalam loghat sabah ). Laju je alice pergi kereta tengok hamster alice.. Tak sempat nak selamatkan dia. Start dari sana Alice cuba mahirkan diri dalam bidang hamster. Kesilapan mengajar kita untuk berubah. so , lets start, mengapa hamster boleh terkena stroke ? Terkadang hamster terkena stroke bila mereka sudah terlalu tua ataupun bila keadaan sekeliling terlalu panas.. Jauhkan mereka dari matahari dari jam 9pagi - 4ptg. ( My opinion k ), suhu bilik yang sesuai bagi mereka adalah 18C-26C. Tanda2 terkena stroke adalah , hamster akan mengalami tilt head ( miring kepala ) , tanda lain hamster anda akan kelihatan normal tapi hanya duduk diam , biarpun korang bagi makanan , dia akan diam je. Cara mencegahnya , jangan letak mereka dekat jendela rumah dan kalau korang masih sempat selamatkan dia , bagi dia minum dan makan dalam kuantiti yang sedikit berselang. Pastu perhatikan mereka selama 2 minggu.


 
My mission for today is done. Segala gambar di atas adalah dari google. Jika ada sebarang pertanyaan , ringan kan je jari kat kotak komen di bawah. Maafkan jika Alice ada kesilapan dalam memberi info di atas. Tu je tuk hari ini. Bye ! Sambung blogwalking dulu.

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Sunday, October 18, 2015

Diary Di Hari Minggu ~!


Hye korang , gud evening.. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Jari alice gatal nak menaip , so menaip je lah walaupun tak penting kan. hehe. Hari ni tak ada cerita yang menarik , cuma nak gitau tadi pagi alice bangun jam 8.25AM.. mak aii , lewatnyaa bangun. ahaha. Well dari semalam kat KK ( Kota Kinabalu ) hujan. Sekejap kuat , sekejap hujan limpas , kadang-kadang hujan renyai je. Sedap je nak tidur.

Harap-harap tak ada lah tempat yang dilanda banjir. Amin. So , sekarang Alice tengah tengok wayang Tamil kat TV2.. korang tipu lah kalau tak pernah tengok rancangan Tamil. ahaha. Dulu lagi time masih kecil , start pandai membaca je , rajin alice tengok. Cuma yang annoy dia tu , setiap 10 minit mesti ada lagu. Dulu , kalau dengar lagu mesti naik atas meja sambil ikut bergelek , bila mumy nampak je , terus dia bawa rotan , pukul kat pantat. Oh ! Rindunya time kecil.

Sekarang , dah kurang tengok wayang kat tv. Semuanya melalui youtube je, layan korea .. Movie terkini pun tak da main beli disc , semua pun tengok online.Bila ada masa cam ni , buka-buka tv , tertengok wayang tamil dan duduk depan tv sambil blogwalking. Ok thats all for today. Bye ..

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Saturday, October 17, 2015

Goodbye Black ~


Morning korang , today Alice ada sad news . Ingat lagi tak alice pernah cerita tentang BLACK ? Si anak hamster yang malang ? Hari ni dia dah PERGI tinggalkan alice dengan family dia. huhu. Semalam sempat lagi bagi makan dan minum dia kat tangan Alice. Sekarang dia dah tak da. Sedih lah pula.

Tapi , bagus jugalah dia dah Pergi , daripada dia hidup menanggung kesakitan . Tak tahan nak tengok. Memang menurut info , penyakit hamster macam tu hanya ada 2 - 3 hari je hidup. Terkejut jugalah , buka-buka je cage hamster hari ni , ada nampak tompokan darah , dah agak tu darah Black.

Badan black tak dapat dijumpai , mungkin mumy dia dah makan , jangan korang marah mumy dia pula sbb pigi makan black .. It's normal ok , di samping tu si mumy pun akan mendapat banyak protein dari tubuh anak yang dimakan.

(  In Loving Memory 30/9-17/10/2015 )
2 weeks and 4 days


Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Friday, October 16, 2015

Power Of Yawn ?


Hye korang , Alice nak share kan satu cerita ni. Semalam kan alice tak dapat nak tidur , jam 1 lebih gitu baru dapat tutup mata. Nak tau alice buat apa , nonton YOUTUBE lah. Hehe. Pernah dengan tak seorang pengguna youtube yang bernama RomanAtwood ? Kalau tak pernah , tengok2 lah video ni erk , dia ni penghibur yang suka buat PRANK. ahaha

Balik kepada tajuk asal kita POWER OF YAWN ? a.k.a MENGUAP. Betulkah bila kita nampak je orang menguap , otomatik kita pun akan turut serta ? Hmm , kat bawah ni ada satu video yang alice dapat dari youtube hak milik RomanAtwood. Sila lah nonton dulu sebelum teruskan membaca


Dah habis nonton ? Hihi , apa yang korang dapat ? Ada tak korang menguap macam mereka2 ? Semalam Alice pun tak percaya , tapi bila Alice tengok je video ni , terus auto mulut ni ternganga. Ahaha. Jan lupa tutup tau mulut tu , nanti masuk nyamuk. hihi. Sambil menaip pun alice boleh juga menguap. Kuat power dia ni. hehe. Ok lah. Jumpa lagi besok. Bye , Good Night.

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Q & A : Hamster & Baby

Hye korang , hari ni alice nak share tentang SOALAN yang sering di ajukan bila melihat Hamster anda melahirkan. ( Source : Google )

Q : OMG ~ hamster saya melahirkan.
A : Please Calm Down.. jangan cemas dekat kandang hamster anda. kalau nak cemas , sila jauh2.. takut hamster anda pun terikut. Nanti habis anak dia kna makan.

Q : Apa yang mesti saya buat ? Please !! what should i do ?? :)
A : kalau hamster anda sudah lahir , apa lagi yang kamu boleh buat ? tiada kan ? so < sekarang time menjalankan kewajipan korang untuk merawat hamster dan anaknya

Q : Boleh saya pegang anak Hamster ? Mereka tersangatlah comel , pink2 gitu. Geram je..
A : NO !! Tak Boleh !! Why ? sebab menurut info2 yang alice baca melalui internet , kalau Mumy hamster tercium bau manusia di badan baby dia , maka dia akan makan mereka kerana menganggap bau manusia tersebut sebagai satu ancaman. Kalau korang betul2 perlu memindahkan baby2 itu , sebaiknya menggunakan kayu atau plastik.. NO SUDU ALUMINIUM , STAINLESS , BESI and seangkatannya kerana boleh menyebabkan baby hamster merasa teramatlah sejuk.

Q : Bila baru saya boleh pegang Bayi hamster?
A: Korang boleh start pegang mereka bila berumur 2 minggu dan keatas.

Q : Selalunya hamster kalau beranak , berapa ekor ?
A : 4- 8 bagi jenis campbell , ada juga yang smpai 14

Q: Berapa lama hamster mengandung ?
A : 18-21 hari.

Q : Haruskan saya memisahkan si dady dari si mumy yang sedang sarat pregnant ?
A : Yes ,... bagi SYRIAN , korang WAJIB memindahkan si dady tersebut kerana hamster jenis ini bersifat ASKAR dan akan menganggap bahawa the bayi itu adalah saingan mereka. BUT , for Campbell hamster , ada yang bilang YES ada yang bilang NO bila dalam hal memisahkan. Kenapa NO? sebab si dady akan menolong si mumy untuk membina sarang untuk tempat si mumy nnti and dia juga boleh menolong untuk keep the babies warm. and why YES ? terkadang ada dady Hamster yang bersifat agresif. Ciri2 hamster yg agresif kuat berlari & tiada kesabaran bila di bagi makan. pisahkan mereka SECEPATNYA.

Q : Bau menyengat dari kandang hamster. Mahu kasih bersih tapi ada anak2 nya. How Lah This ?
A : JANGAN SEKALI-KALI ANDA MENGGANTI BEDDING HAMSTER KALAU BABY HAMSTER MASIH KECIL!! Tahan ok , u can do it ! Kalau betul2 pun kamu mau ganti bedding hamster tu ,pastikan mereka sudah limpas dari 14 hari. Mengapa ? sebab ,bila anda mengganti bedding tersebut , mumy hamster itu akan merasa kalau dia tidak berada di rumah atau merasa ada something yang hilang. Dia akan berlari2 beberapa jam untuk mencari jalan pulang. And the babies nanti akan dipijak2 , di kasih biar begitu saja. Kalau sampai hal ini terjadi , simpan kandang hamster di tempat yang gelap , tutup dengan kain lebar and berdoa supaya si mumy tidak mengabaikan baby-nya.

Q : Hamster jadi Kanibal ? Mengapa hamster makan anak-anaknya ?
A : 1) bau anak hamster berubah
   -->  rujuk di atas. :)
      2) Anak yang cacat
   --> menurut info yg saya baca , hamster akan makan anaknya bila anak nya itu cacat. Tapi , saya sendiri pun tidak yakin.
      3) Ayah Agresif.
   --> Gaya si ayah , kuat berlari dan tidak pandai sabar bila dibagi makanan :)
      4) Si Mumy stress
   --> Si mumy akan automatik makan bayinya bila dia merasa stress. why ? mungkin sbb keadaan kandang-nya yang terlalu terbuka. kalau pun kamu tiada tempat lain untuk si mumy , pastikan tutup sekeliling kandangnya agar kelihatan gelap dan tidak terasa seakan2 ada yang melihatnya .
    5) First Baby !
     --> mungkin si mumy belum pandai menjaga anak2 nya , sebab baru pertama kali melahirkan.
        6) Kurang Makanan
      --> Hamster yang tidak memiliki cukup makanan di kandang akan automatik makan anaknya. Pastikan makanan dan minuman hamster diletak lebih dari baisanya kerana hamster yang baru melahirkan memelukan banyak air dan makanan untuk mengembalikan tenaganya.

Q : Saya nampak si mumy makan anaknya !!! Arghh ! Tidak. i want to save them.
A : Let it go ~ Let it go ~ kalau korang sudah nampak dia makan separuh dari badannya , korang tidak dapat buat apa-apa sudah. lebih baik dia makan sampai habis. Alice yakin , memang ada sebab tersebut mengapa si mumy sampai makan anak-anaknya.. mungkin sebab keadaan persekitaran yang terlalu terbuka , bising tau kekurangan makanan , minuman. atau mungkin sebab kandang tersebut ada kutu ? we all dont know. Lagipula kalau dia makan sampai habis , si mumy akan mendapat protein yang sangat kaya untuk melanjutkan hidup baby hamster yang lain. kalau boleh JANGAN DIGANGGU bila baby kena makan oleh si mumy , kerana mungkin akan menyebabkan si mumy bertambah stress dan akan memakan lagi anak-anaknya yang lain.

Q :Oh tidak ! Baby nya kena pijak2 oleh si mumy. huhu.
A : Dont worry sayang ,hamster tu kuat. biarpun mereka tenggelam dalam bedding , dia akan baik-baik sahaja. Baby hamster yang sihat akan berbunyi setiap saat dan akan berhenti bila bulu-nya sudah tumbuh. cit ,cit , cit ! :D

Thats all for today. Harap bagi para bloggers mendapat serba sedikit info mengenai bayi hamster melalui catatan saya di atas. Anything ? Just leave u comment. Alice akan membantu anda sebaik mungkin. 


Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Hamster-II ku ~

Hye korang , good morning , selamat pagi , salam sejahtera serta salam satu Malaysia. Hihi , macam nak baca berita lah pula. Kat tempat Alice sekarang mendung , entah hujan atau tak. Selesma dan batuk pun belum sembuh-sembuh lagi , pokok mangga kat luar dah berapa hari macam tak da semangat nak hidup. Bagi minum air banyak pun , keadaan sama juga. huhu.

Oke , hari ini Alice nak share dengan korang gambar2 hamster alice kat rumah. :)


                                                 
                         Kenal tak ni ? Ni lah baby hamster , alice ambil gambar ni time dia baru pas melahirkan ,
                                                   semua nya ada 8 ekor . pink2 gitu. hihi ( 1 Days Old )                                              


Yang ni Ginger Dan Garlic , Alice dapat bezakan mereka sebab seekor jantan seekor lagi betina. Sad news ,
selepas 2 minggu hanya 3 ekor ja yang dapat selamat. Ni 2 daripada 3 tu . ( 2 weeks old )


Ginger , Garlic dan mumy mereka , Cloudy , si mata merah. Ada macam mata vampire tak ? ahaha. Jangan takut. Memang normal lah ada hamster mata merah. hehe. Cute nya mereka makan sayur salad tu.


Garlic , si betina tengah posing maut. comel je tangan dia kan. ahaha



Ni lah si Putut , bapa kepada Ginger , Garlic & Black , husband kepada Cloudy. 




' Rumah ku , Syurga ku ' , rumah kepada hamster-II alice , Ini je yang Alice mampu , yang roda tu sebenarnya tak bagus untuk hamster tapi selama setengah tahun mereka sama Alice , semua masih sihat lagi, syukurlah. hihi. Tema cage mereka ni Pink & Hijau



Ni lah si Black , Alice sengaja nak cerita pasal dia last sekali sebab dia ni SPECIAL sikit . Hamster sepatutnya dalam masa 10-13 hari dah buka mata , tapi Black sampai sekarang tak buka buka mata dia. Mata sebelah kiri dia bengkak , berair :'( .. Lepastu , perut dia kembung , jalan pun kadang2 tumbang , kaki dia pun berketar-ketar bila jalan , tak macam Ginger & Garlic .. lari laju. huhu. Menurut info yang Alice baca dari Internet , hamster macam Black tak dapat hidup lama , mungkin dalam masa 2-4 hari dia akan PERGI meninggalkan Alice dan family-nya.Sedih juga , tapi apa boleh buat. Memang sakit macam ni tak ada ubat.Buat masa sekarang , Alice bagi dia layanan istimewa. Oleh kerana dia yang paling kecil , bila Alice bagi dia makan , yang lain akan rebut dri dia , so Alice bagi dia makan kat tangan sampai dia puas . Pastu bagi dia minum air sikit. Then , baru Alice bagi dia sama Mumy dia balik. Nanti bila ada masa , Alice buat post lain tentang penyakit hamster jenis k. 

* EXTRA* Ada siapa nampak Putut tak ?





Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Thursday, October 15, 2015

TIPS : Hamster Dan Keperluannya

Macam tajuk kat atas , hari ni Alice akan kongsikan perkara yang berkaitan dengan HAMSTER.. nampak tak kat " About Me " ? Alice gunakan gambar hamster sebagai gmbar profile. Tulah hamster alice , dorang dah bersama alice selama setengah tahun.. Oke , nak jaga hamster ni sebenarnya tak susah , cuma bagi alice lah kan , lau korang betul2 nak jaga hamster ni , korang mesti ada minat nak memelihara mereka sebab takkan korang nak beli hamster then simpan dia macam tu je ? tak nak ke korang ada hamster yang boleh bermanja dengan korang ? makan kat tangan korang ?

Bila stress je , alice suka jenguk2 kat mereka sebab gaya2 mereka tu terlalu comel sampai kadang-kadang boleh ketawa sorang2. Tak Caya ? Try lah bela seekor. Ok , direct to the point.

1) Cage ( Tempat menyimpan hamster )
 Bermacam jenis cage yang kita boleh nampak kat pet store. Ada yang kecil , besar , luas , tinggi ,         rendah. Kalau nak beli , cukuplah beli ikut kemampuan masing- masing k. Selain tu , korang boleh juga DIY Bin Cage , lagi murah and puas hati sbb hasil tangan sendiri. hehe. Macam alice , waktu mula-mula beli dlu , tak guna cage dari petstore .. cari container besar yang dah tak guna and then sekarang gunakan aquarium kaca bekas ikan sebagai cage. Puas hati beb nak decorate tempat untuk haiwan comel korang. hihi. Bila ada masa nanti alice post gambar cage k. Pastikan juga cage tu tinggi and tak ada lubang2 kecil yang boleh menyebabkan hamster tu melarikan diri. INGAT ! hamster bole kecilkan badan tau ! Mereka juga pintar untuk melarikan diri.

2) Bedding
 Kegunaan bedding ni ada lah sebagai alas tidur mereka dan juga ketika mereka kencing bedding tu akan menyerap kecing tu so tak de lah terlalu bau sangat kan ? Harga bedding cuma dalam rm8 - rm15 gtu je. makin banyak kuantiti , makin mahal la harga dia. Bedding yang alice guna kan adalah dari Tisu , DIY punya.. sengaja nak buat gitu sbb bole jimat bajet and lagi satu supaya bau alice melekat kat bedding tu. hehe. step2 nak buat hamster tu biasa dengan kita lah katakn.

3) Makanan & Minuman
 Makanan hamster bole didapati kat petstore juga.. harga paling murah rm3.. Betul , alice x tipu. kat sabah harga paling murah rm3 - rm3.50. tak tau lah tempat lain. Biasa nya makanan yang kena jual kat petstore tu lagi berkhasiat tau. Yang kuaci untuk manusia tu , tak boleh selalu bagi. Untuk TREAT bolehlah..Untuk minuman pula guna air masak tau. Kalau air paip , alice tak tau lah pula. Kalau cukup bajet , belilah sekali VITAMIN , biasa jual warna hijau. Campur je dengan air dia dalam setitik , 2 titik gtu. Botol air mereka boleh didapati dalam harga RM6.50.

4) Roda / ' Flying Saucer '
 Hah ! Yang ni fungsi dia supaya hamster tu boleh BERSENAM.. Hamster pun boleh obesiti juga tau terutama Dwarf Hamster jenis Campbell punya. Roda yang paling bagus adalah ' Silent Wheel ' , tak bising bila hamster tu main pada waktu malam dan tak mengganggu juga bila korang lena dibuai mimpi.. Tapi.. Alice masih guna yang ' wire ' punya. huhu. Belum ada bajet lagi nak convert p spinning wheel  tu. Dan juga kegunaan lain , supaya hamster kita tu tak berapa bosan. Dengan adanya RODA tu , bolehlah dia luangkan masa bangun dia dengan berlari dalam roda.

5) Sand Bath
 INGAT ! Hamster tak boleh mandi , jangan pula korunk bawa hamster korang mandi sama-sama. Hamster ni cepat jatuh sakit , bila dia terkena air and korang tak cepat2 keringkan dia , nnti mereka boleh kena selesma. Cari je kat petstore sand bath dorang , ada APPLE/LAVENDAR/LEMON dan macam-macam lagi. Alice beli hari tu wangian APPLE , RM3.50 je.. Tuang sedikit pasir tu dalam container , pastu masukkan hamster korang.. Tak payah mandikan. Dorang mandi dengan cara berguling-guling kat pasir.

6) Pengetahuan Yang Luas Mengenai Hamster
 Sayangilah mereka seperti anak sendiri , hehe. Maksud Alice , korang kena lah ada tahu serba-sedikit tentang hamster korang. Bila dia sakit ke , mengandung ke , dah tua ke. Jagalah mereka baik2 ye. Rajinkan diri anda meng'GOOGLE mengenai haiwan kesayangan anda. Join kat FORUM ni untuk berhubung dengan para pencinta hamster di seluruh negara.

Itu je untuk hari ini , jika Alice ada tersilap taip , maafkan lah diri ini. Kalau ada tersilap info pun , feel free to comment k. Sama2 memperbaiki kesilapan. Bye , sampai jumpa lagi di post akan datang.


Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com