Friday, October 23, 2015

THROWBACK : Murder Of Junko Furuta

Morning korang and Salam Jumaat , hari ni topik Alice "THROWBACK" , mengada je aku nak buat topik sekali.. ahaha. THROWBACK pasal apa pula ? Ni , nak imbas kembali pembunuhan seorang remaja yang bernama Junko Furuta. Kes ini berlaku pada tahun 1988  di Jepun. Time ni Alice belum lagi lahir and semalam first time Alice baca pasal ni. So , lets begin.
_________________________________________________________________________________


Pada 25 November 1988 , seorang gadis malang yang bernama Junko Furuta , diculik oleh 4 orang lelaki , dan dikurung selama 44 hari di rumah Kamisaku , salah seorang dari penculik Furuta.Mereka memperkenalkan Furuta kepada keluarga Kamisaku sebagai girlfriend salah seorang daripada 4 penculik tersebut. Untuk menyembunyikan perbuatan mereka , salah seorang daripada penculik itu menyuruh Furuta untuk menghubungi keluarga nya dan memberitahu mereka bhawa dia telah lari dari rumah bersama seorang kawan dan berada dalam keadaan yang baik2. Furuta berkali-kali melakukan percubaan melarikan diri dan mencuba untuk meminta bantuan daripada kelurga Kamisaku , tetapi tidak dipedulikan kerana mereka telah di ancam oleh salah seorang dari penculik ( pemimpin yakuza kelas rendah ) , untuk membunuh siapa2 sahaja yang masuk campur dalam urusan mereka

KRONOLOGI PENYIKSAAN JUNKO FURUTA

Hari Pertama : 22 November 1988, Diculik
- Diculik , dan dikurung sebagai tahanan di rumah Kamisaku
- Dirogol ( lebih dari 400 kali , selama 44 hari )
- Dibagi makan lipas dan minum air kencing
- Dipaksa menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka bahawa dia melarikan diri.
- Dipaksa berbogel dihadapan penculiknya
- Dipaksa beronani
- Kemaluan dan duburnya dimasukkan dengan benda asing dari yang kecil sampa yang besar

Hari Ke-11: 1 December 1988
- Dipukul berulang kali
- Tangan diikat pada siling dan badan dijadikan punching bag. 
- Mukanya dihadapkan di lantai konkrit dan kemudian , penculik melompat ke atas kepalanya
- Hanya dapat bernafas melalui mulut sebab hidungnya dipenuhi dengan darah.
- Benda berat dijatuhkan di atas perutnya
- Muntah ketika minum air sebab perutnya tidak dapat menerima air akibat penyeksaan 
- Cecair mudah terbakar di tuangkan di kakinya kemudia di bakar.
- Botol dimasukkan kedalam dubur dan menyebabkan kecederaan yang sangat teruk

Hari Ke-20: 10 December 1988
- Tidak dapat berjalan sebab kakinya dibakar
- Bunga api dan mercun dimasukkan kedalam dubur dan dinyalakan
- Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya di pecahkan
- Dipukul dengan kayu golf
- Rokok dicucuh dalam kemaluan
- Dipukul dengan batang besi berulang kali
- Sewaktu salji turun , Furuta dipaksa duduk dan tidur diluar rumah
- Besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluaanya dan menyebabkan pendarahan teruk

Hari Ke-30
- Lilin panas dititiskan di atas muka
- Kelopak mata dibakar dengan mancis
- Dada ditikam dengan jarum
- Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
- Mentol yang panas dimasukkan kedalam kemaluan
- Gunting disula kedalam kemaluan
- Tidak boleh kencing dengan baik akibat kecederaan yang teruk sekali.
- Mengambil masa sejam untuk turun tangga ke tandas akibat kecederaan di badan

Hari Ke-40
- Furuta merayu kepada penculiknya agar membunuh sahaja dia dan biarkan semuanya berakhir

1 January 1989
- Menyambut tahun baru seorang diri dalam keadaan badan yang lumpuh..

Hari Ke-44: The End Of Her Life
- Akibat penculiknya frust kalah main mahjung , mereka bertindak memukul Furuta dengan objek berat , sehingga menyebabkan darah keluar mencurah-curah dari mulutnya. Tidak puas dengan seksaan itu , mereka mencucuhkan api lilin ke muka dan kedalam matanya.
- Selepas itu ,minyak dicurahkan ke perut, lengan , kaki dan api dinyalakan. Penyiksaan terakhir berlangsung selama 2 jam
- Menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan yang nazak * God Bless Her *

_________________________________________________________________________________

PEMBUNUH2 JUNKO FURUTA


Dari Kiri : Jo Kamisaku , Miyano Hiroshi , Watanabe Yasushi , Minato Nobuharu

Pemuda tersebut ditahan dan dibicara sebagai orang dewasa; tetapi, menurut cara negeri Jepun menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja, identiti mereka dirahsiakan. Bagaimanapun, majalah Shūkan Bunshun melaporkan nama sebenar mereka, mendakwa bahawa "hak kemanusiaan tidak terpakai pada binatang".
Bagi pembabitannya dalam jenayah, Kamisaku dihukum lapan tahun di tahanan remaja sebelum dia dibebaskan pada Ogos1999. Pada Juli 2004, di ditahan kerana menyerang kenalan, yang dia percaya mengumpan teman wanitanya darinya, dan dikatakan bercakap besar mengenai kelakukan sebelumnya. Kamisaku dipenjara selama tujuh tahun kerana memukul.
Keluarga Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak perempuan mereka dan memulakan saman awam terhadap keluarga pemuda di mana jenayah dilakukan. Apabila sesetengah sabit kesalahan dibatalkan kerana masaalah bukti fizikal (mani dan rambut ari-ari yang diambil dari mayat tidak menyamai pemuda yang ditahan), penguambela yang mengendali saman awam memutuskan tiada kes untuk diteruskan dan enggan meneruskannya.
Pada Julai 1990 mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ketua pendera selama tujuh belas tahun dipenjara. Mahkamah menjatuhkan salah seorang yang terbabit empat hingga enam tahun, seorang lagi selama tiga hingga empat tahun, dan seorang lagi hukuman tidak ditetapkan antara lima hingga sepuluh tahun. Ketua dan dua yang pertama merayu hukuman mereka. Mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman lebih berat kepada ketiga-tiga pihak merayu.
Hakim bersidang, Ryūji Yanase, menyatakan bahawa mahkamah melakukannya kerana sifat jenayah, kesannya pada keluarga mangsa, dan kesan kepada masyarakat. Ketuanya menerima hukuman dua puluh tahun, hukuman kedua berat selepas penjara seumur hayat. Bagi kedua yang bersubahat, yang menerima hukuman asal empat hingga enam tahun, menerima hukuman lima hingga sembilan tahun. Seorang lagi hukumannya ditingkatkan kepada lima hingga tujuh tahun. ( Source : Here )
_________________________________________________________________________________
Bagi Alice hukuman yang dikenakan kepada penculik2 tu tak setimpal dengan apa yang di alami oleh Furuta. Bayangkan , kita orang perempuan ( Please Open Minded ckit , jangan nak cakap post alice ni bebaur lucah pula ) , kemaluan dicucuh benda panas , benda tajam.. kemudian puting kita kena potong daan dihancurkan.. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Mengapa lah mereka hanya dibicara dan dipenjara dan dibebaskan kembali. Kan lebih baik kalau mereka meringkuk je dalam penjara seumur hidup. Nak kata mereka manusia berhati binatang , haiwan lagi lebih baik dari mereka. Apa2 pun , pandai-pandai lah kita menjaga diri. Walaupun kes ni dah bertahun lamanya , tidak mungkin kes yang sama akan berulang kembali kan ? Buktinya , ingat lagi tak kes adik NURIN ? Nanti alice nak buat THROWBACK untuk kes adik nurin lagi. Kalau boleh kita orang perempuan kena belajar serba sedikit teknik mempertahankan diri untuk pertahankan diri dari kes-kes culik , rogol dll. 

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Wednesday, October 21, 2015

Ucing Nak URL 2

Hye korang.. today , saat ni alice nak join segmen dari UCING. This is my first time join2 macam gini tau.. Walaupun tak berapa faham , alice kan masih newbie dalam dunia blog..tapi nak join juga sebab nak meriahkan lagi segmen tu.



http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html

Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Tuesday, October 20, 2015

INFO:Hamster & Penyakitnya



Hye korang , Harap semunya sihat2 je.kemarin satu hari alice tak da post anything. Trus terasa lain. hehe. Btw , today alice nak share dengan korang Hamster dan penyakitnya . Ingat manusia je pandai sakit , haiwan pun boleh juga lah. hehe. Before that , semua yang tercatat di bawah ada lah sumber dari GOOGLE , dan di taip semula oleh saya , Alice. So , lets begin.

FLU HAMSTER/HAMSTER COLD
 
Hamster flu ataupun selesma biasanya disebabkan oleh penurunan suhu secara tiba-tiba ATAU terjangkit daripada orang sekelilingnya. So , kalau korang terkena flu , cuba menjauhkan diri dari hamster korang k. Tanda-tanda hamster yang terkena flu adalah selalu bersin , hidung mereka basah dan mereka akan lebih suka berada di sudut sudut cage sambil tidur membongkok. Untuk mengelakkan penyakit ini , jangan sesekali MANDIKAN hamster korang. Keringkan serta merta jika mereka terkena air. Dan langkah yang perlu di ambil untuk mengelakkan penyakit berlarutan ialah letakkan cage mereka di tempat yang hangat atau letakkan lampu di atas cage , Letak serbuk kayu sebanyak yg mungkin , bagi mereka makanan yang sudah dihancurkan serta air yang di campur madu.

HAMSTER STICKY EYES/HAMSTER KONJUKTIVITIS
Apa itu konjuktivitis ? Alice pun baru first time dengar ayat ni. Selama ni alice cuma tau sticky eyes je. Konjuktivitis tu adalah radang selaput mata akibat mata yang sakit atau merah.Penyebab penyakit ini pada hamster adalah disebabkan allergy daripada bedding/serbuk kayu yang kotor. Tanda tanda nya , mata hamster akan berwarna merah dan hamster akan selalu menggaruk-garuk matanya sehingga menyebabkan dia sukar untuk melihat. Cara mencegahnya , pastikan korang tukar bedding tu bila dah terlalu kotor. kalau alice tak silap , limit dia dua minggu sekali. 

HAMSTER WET TAIL/EKOR BASAH
Stress dan pola makanan yang tidak seimbang adalah penyabab daripada penyakit ini menyerang dan boleh menyebabkan diarea (ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa). Tanda tandanya , hamster akan kehilangan selera makan , berjalan dengan perlahan dan yang paling ketara ,daerah bawah ekor mereka akan kelihatan basah.Korang boleh mengatasi nya dengan memberikan sedikit madu dalam makanan mereka untuk menaikkan selera makan , kedua , pastikan sekeliling mereka tenang dan hangat gitu. hehe. Kalau korang ckup bajet , bawa lah hamster kesayangan korang ke klinik haiwan yang berdekatan. 

HAMSTER RESPIRATORY PROBLEM
Tanda tanda hamster yang mengalami masalah pernafasan adalah , paru-paru mereka membengkak , pernafasan lambat dan berbunyi ketika bernafas. Cara mengatasi nya adalah dengan mengurangkan mainan mereka , tukar serbuk kayu korang dengan tisu dan jauhkan cage mereka dari tempat yang kuat berhabuk.Cukup bajet , bawa mereke ke Klinik Haiwan yang berdekatan.
HAMSTER BLADDER STONE
 
  Tanda tanda hamster yang terkena penyakit kecing batu karang ( pandai-pandai je Alice ) adalah mereka akan kelihatan lemas , pucat dan macam tidak bermaya.. Selain itu , korang juga akan perasan ada darah di tempat mereka membuang kencing. Anda boleh mengatasinya dengan mecampurkan sedikit garam kedalam makanan/air , kedua , berikan mereka sayur-sayuran/makanan basah sehingga penyakit mereka berkurangan.

HAMSTER HAIR LOSS/PROTEIN DEFICIENCY
 
  Hamster juga memerlukan protein yang cukup untuk badan mereka. Jika protein itu tidak mencukupi , maka macam2 gejala akan berlaku kepada mereka antaranya bulu mereka akan gugur , kuku akan hilang , pneumonia, pertumbuhan yang terbantut apalagi untuk hamster yang masih muda. Cara mengatasi nya adalah berikan mereka protien seperti telur putih ( rebus ) , dada ayam ( rebus ) , kacang2 , dan keju.

HAMSTER DIAREA
Diarea hamster disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak seimbang , makanan yang sudah lama , busuk serta air yang kotor. dan juga boleh disebabkan oleh pemberian sayur yang berlebihan. Tanda2nya , najis mereka berwarna hijau dan juga kuantiti najis tu tersangat banyak. Cara mencegahnya , ganti makanan hamster korang bila basah sebab ada hamster suka kencing di tempat makanan dorang seperti hamster alice. Air mereka ganti dua hari berturut-turut k. Kalau macam Alice , seminggu dua kali je bagi sayur. Alice asingkan piring makanan basah dengan yang kering. Dan juga , Alice akan bagi mereka pada waktu pagi , so sebelum tidur alice akan check makanan dorang. Kalau tak habis , alice akan buang je terus. 

HAMSTER OBESITI ? Oops !
Perhatikan hamster korang samada dia comel ataupun sudah kena serang penyakit obesiti. Hehe. Well ,syukurlah hamster alice semuanya kurus2 , tapi kadang2 jeles juga tengok hamster orang lain semuanya gemuk2, chubby2. huhu. Ok , tanda2 hamster korang obesiti adalah kemalasan mereka di tahap yang paling tinggi setinggi gunung kinabalu. :D Cara mencegahnya , kurangkan bagi KUACI , sebab dipercayai kuaci mempunyai kadar gula yang tinggi bagi hamster.Berikan mereka wheel , hamster ball dan banyak lagi. Korang boleh je buat bermacam2 mainan untuk hamster korang daripada roll tisu dengan menggunakan tahap kretiviti korang yang paling genius. hehe. Buat hamster korang sibuk sampai mereka tertidur. Ahahaha.

HAMSTER STROKE
Alice rasa lah kan , info ni penting bagi mereka yang hendak pelihara hamster. Dulu alice pernah dah sekali menghadapi hamster yang terkena stroke. Time tu alice belum berapa mahir dalam bidang hamster. Waktu tu , alice beli dia sebelah pagi dalam jam 10 pagi. Lepas tu , alice pergi rumah kawan .. Alice tinggal je dia dalam kereta. Bayangkan betapa panas nya time tu .. Tapi ada orang jaga juga. tik tok tik tok , tiba-tiba orang teriak nama alice " Lis , hamster ko pingsan sudah" ( dalam loghat sabah ). Laju je alice pergi kereta tengok hamster alice.. Tak sempat nak selamatkan dia. Start dari sana Alice cuba mahirkan diri dalam bidang hamster. Kesilapan mengajar kita untuk berubah. so , lets start, mengapa hamster boleh terkena stroke ? Terkadang hamster terkena stroke bila mereka sudah terlalu tua ataupun bila keadaan sekeliling terlalu panas.. Jauhkan mereka dari matahari dari jam 9pagi - 4ptg. ( My opinion k ), suhu bilik yang sesuai bagi mereka adalah 18C-26C. Tanda2 terkena stroke adalah , hamster akan mengalami tilt head ( miring kepala ) , tanda lain hamster anda akan kelihatan normal tapi hanya duduk diam , biarpun korang bagi makanan , dia akan diam je. Cara mencegahnya , jangan letak mereka dekat jendela rumah dan kalau korang masih sempat selamatkan dia , bagi dia minum dan makan dalam kuantiti yang sedikit berselang. Pastu perhatikan mereka selama 2 minggu.


 
My mission for today is done. Segala gambar di atas adalah dari google. Jika ada sebarang pertanyaan , ringan kan je jari kat kotak komen di bawah. Maafkan jika Alice ada kesilapan dalam memberi info di atas. Tu je tuk hari ini. Bye ! Sambung blogwalking dulu.

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

Sunday, October 18, 2015

Diary Di Hari Minggu ~!


Hye korang , gud evening.. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Jari alice gatal nak menaip , so menaip je lah walaupun tak penting kan. hehe. Hari ni tak ada cerita yang menarik , cuma nak gitau tadi pagi alice bangun jam 8.25AM.. mak aii , lewatnyaa bangun. ahaha. Well dari semalam kat KK ( Kota Kinabalu ) hujan. Sekejap kuat , sekejap hujan limpas , kadang-kadang hujan renyai je. Sedap je nak tidur.

Harap-harap tak ada lah tempat yang dilanda banjir. Amin. So , sekarang Alice tengah tengok wayang Tamil kat TV2.. korang tipu lah kalau tak pernah tengok rancangan Tamil. ahaha. Dulu lagi time masih kecil , start pandai membaca je , rajin alice tengok. Cuma yang annoy dia tu , setiap 10 minit mesti ada lagu. Dulu , kalau dengar lagu mesti naik atas meja sambil ikut bergelek , bila mumy nampak je , terus dia bawa rotan , pukul kat pantat. Oh ! Rindunya time kecil.

Sekarang , dah kurang tengok wayang kat tv. Semuanya melalui youtube je, layan korea .. Movie terkini pun tak da main beli disc , semua pun tengok online.Bila ada masa cam ni , buka-buka tv , tertengok wayang tamil dan duduk depan tv sambil blogwalking. Ok thats all for today. Bye ..

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com