Sunday, October 18, 2015

Diary Di Hari Minggu ~!


Hye korang , gud evening.. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Jari alice gatal nak menaip , so menaip je lah walaupun tak penting kan. hehe. Hari ni tak ada cerita yang menarik , cuma nak gitau tadi pagi alice bangun jam 8.25AM.. mak aii , lewatnyaa bangun. ahaha. Well dari semalam kat KK ( Kota Kinabalu ) hujan. Sekejap kuat , sekejap hujan limpas , kadang-kadang hujan renyai je. Sedap je nak tidur.

Harap-harap tak ada lah tempat yang dilanda banjir. Amin. So , sekarang Alice tengah tengok wayang Tamil kat TV2.. korang tipu lah kalau tak pernah tengok rancangan Tamil. ahaha. Dulu lagi time masih kecil , start pandai membaca je , rajin alice tengok. Cuma yang annoy dia tu , setiap 10 minit mesti ada lagu. Dulu , kalau dengar lagu mesti naik atas meja sambil ikut bergelek , bila mumy nampak je , terus dia bawa rotan , pukul kat pantat. Oh ! Rindunya time kecil.

Sekarang , dah kurang tengok wayang kat tv. Semuanya melalui youtube je, layan korea .. Movie terkini pun tak da main beli disc , semua pun tengok online.Bila ada masa cam ni , buka-buka tv , tertengok wayang tamil dan duduk depan tv sambil blogwalking. Ok thats all for today. Bye ..

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

No comments:

Post a Comment

~ Have anything to say ? Just post it here :) ~

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com