Friday, October 23, 2015

THROWBACK : Murder Of Junko Furuta

Morning korang and Salam Jumaat , hari ni topik Alice "THROWBACK" , mengada je aku nak buat topik sekali.. ahaha. THROWBACK pasal apa pula ? Ni , nak imbas kembali pembunuhan seorang remaja yang bernama Junko Furuta. Kes ini berlaku pada tahun 1988  di Jepun. Time ni Alice belum lagi lahir and semalam first time Alice baca pasal ni. So , lets begin.
_________________________________________________________________________________


Pada 25 November 1988 , seorang gadis malang yang bernama Junko Furuta , diculik oleh 4 orang lelaki , dan dikurung selama 44 hari di rumah Kamisaku , salah seorang dari penculik Furuta.Mereka memperkenalkan Furuta kepada keluarga Kamisaku sebagai girlfriend salah seorang daripada 4 penculik tersebut. Untuk menyembunyikan perbuatan mereka , salah seorang daripada penculik itu menyuruh Furuta untuk menghubungi keluarga nya dan memberitahu mereka bhawa dia telah lari dari rumah bersama seorang kawan dan berada dalam keadaan yang baik2. Furuta berkali-kali melakukan percubaan melarikan diri dan mencuba untuk meminta bantuan daripada kelurga Kamisaku , tetapi tidak dipedulikan kerana mereka telah di ancam oleh salah seorang dari penculik ( pemimpin yakuza kelas rendah ) , untuk membunuh siapa2 sahaja yang masuk campur dalam urusan mereka

KRONOLOGI PENYIKSAAN JUNKO FURUTA

Hari Pertama : 22 November 1988, Diculik
- Diculik , dan dikurung sebagai tahanan di rumah Kamisaku
- Dirogol ( lebih dari 400 kali , selama 44 hari )
- Dibagi makan lipas dan minum air kencing
- Dipaksa menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka bahawa dia melarikan diri.
- Dipaksa berbogel dihadapan penculiknya
- Dipaksa beronani
- Kemaluan dan duburnya dimasukkan dengan benda asing dari yang kecil sampa yang besar

Hari Ke-11: 1 December 1988
- Dipukul berulang kali
- Tangan diikat pada siling dan badan dijadikan punching bag. 
- Mukanya dihadapkan di lantai konkrit dan kemudian , penculik melompat ke atas kepalanya
- Hanya dapat bernafas melalui mulut sebab hidungnya dipenuhi dengan darah.
- Benda berat dijatuhkan di atas perutnya
- Muntah ketika minum air sebab perutnya tidak dapat menerima air akibat penyeksaan 
- Cecair mudah terbakar di tuangkan di kakinya kemudia di bakar.
- Botol dimasukkan kedalam dubur dan menyebabkan kecederaan yang sangat teruk

Hari Ke-20: 10 December 1988
- Tidak dapat berjalan sebab kakinya dibakar
- Bunga api dan mercun dimasukkan kedalam dubur dan dinyalakan
- Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya di pecahkan
- Dipukul dengan kayu golf
- Rokok dicucuh dalam kemaluan
- Dipukul dengan batang besi berulang kali
- Sewaktu salji turun , Furuta dipaksa duduk dan tidur diluar rumah
- Besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluaanya dan menyebabkan pendarahan teruk

Hari Ke-30
- Lilin panas dititiskan di atas muka
- Kelopak mata dibakar dengan mancis
- Dada ditikam dengan jarum
- Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
- Mentol yang panas dimasukkan kedalam kemaluan
- Gunting disula kedalam kemaluan
- Tidak boleh kencing dengan baik akibat kecederaan yang teruk sekali.
- Mengambil masa sejam untuk turun tangga ke tandas akibat kecederaan di badan

Hari Ke-40
- Furuta merayu kepada penculiknya agar membunuh sahaja dia dan biarkan semuanya berakhir

1 January 1989
- Menyambut tahun baru seorang diri dalam keadaan badan yang lumpuh..

Hari Ke-44: The End Of Her Life
- Akibat penculiknya frust kalah main mahjung , mereka bertindak memukul Furuta dengan objek berat , sehingga menyebabkan darah keluar mencurah-curah dari mulutnya. Tidak puas dengan seksaan itu , mereka mencucuhkan api lilin ke muka dan kedalam matanya.
- Selepas itu ,minyak dicurahkan ke perut, lengan , kaki dan api dinyalakan. Penyiksaan terakhir berlangsung selama 2 jam
- Menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan yang nazak * God Bless Her *

_________________________________________________________________________________

PEMBUNUH2 JUNKO FURUTA


Dari Kiri : Jo Kamisaku , Miyano Hiroshi , Watanabe Yasushi , Minato Nobuharu

Pemuda tersebut ditahan dan dibicara sebagai orang dewasa; tetapi, menurut cara negeri Jepun menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja, identiti mereka dirahsiakan. Bagaimanapun, majalah Shūkan Bunshun melaporkan nama sebenar mereka, mendakwa bahawa "hak kemanusiaan tidak terpakai pada binatang".
Bagi pembabitannya dalam jenayah, Kamisaku dihukum lapan tahun di tahanan remaja sebelum dia dibebaskan pada Ogos1999. Pada Juli 2004, di ditahan kerana menyerang kenalan, yang dia percaya mengumpan teman wanitanya darinya, dan dikatakan bercakap besar mengenai kelakukan sebelumnya. Kamisaku dipenjara selama tujuh tahun kerana memukul.
Keluarga Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak perempuan mereka dan memulakan saman awam terhadap keluarga pemuda di mana jenayah dilakukan. Apabila sesetengah sabit kesalahan dibatalkan kerana masaalah bukti fizikal (mani dan rambut ari-ari yang diambil dari mayat tidak menyamai pemuda yang ditahan), penguambela yang mengendali saman awam memutuskan tiada kes untuk diteruskan dan enggan meneruskannya.
Pada Julai 1990 mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ketua pendera selama tujuh belas tahun dipenjara. Mahkamah menjatuhkan salah seorang yang terbabit empat hingga enam tahun, seorang lagi selama tiga hingga empat tahun, dan seorang lagi hukuman tidak ditetapkan antara lima hingga sepuluh tahun. Ketua dan dua yang pertama merayu hukuman mereka. Mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman lebih berat kepada ketiga-tiga pihak merayu.
Hakim bersidang, Ryūji Yanase, menyatakan bahawa mahkamah melakukannya kerana sifat jenayah, kesannya pada keluarga mangsa, dan kesan kepada masyarakat. Ketuanya menerima hukuman dua puluh tahun, hukuman kedua berat selepas penjara seumur hayat. Bagi kedua yang bersubahat, yang menerima hukuman asal empat hingga enam tahun, menerima hukuman lima hingga sembilan tahun. Seorang lagi hukumannya ditingkatkan kepada lima hingga tujuh tahun. ( Source : Here )
_________________________________________________________________________________
Bagi Alice hukuman yang dikenakan kepada penculik2 tu tak setimpal dengan apa yang di alami oleh Furuta. Bayangkan , kita orang perempuan ( Please Open Minded ckit , jangan nak cakap post alice ni bebaur lucah pula ) , kemaluan dicucuh benda panas , benda tajam.. kemudian puting kita kena potong daan dihancurkan.. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Mengapa lah mereka hanya dibicara dan dipenjara dan dibebaskan kembali. Kan lebih baik kalau mereka meringkuk je dalam penjara seumur hidup. Nak kata mereka manusia berhati binatang , haiwan lagi lebih baik dari mereka. Apa2 pun , pandai-pandai lah kita menjaga diri. Walaupun kes ni dah bertahun lamanya , tidak mungkin kes yang sama akan berulang kembali kan ? Buktinya , ingat lagi tak kes adik NURIN ? Nanti alice nak buat THROWBACK untuk kes adik nurin lagi. Kalau boleh kita orang perempuan kena belajar serba sedikit teknik mempertahankan diri untuk pertahankan diri dari kes-kes culik , rogol dll. 

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

3 comments:

~ Have anything to say ? Just post it here :) ~

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com