Tuesday, October 27, 2015

[ GOSIP ARTIS ] Hanya sekadar Gimik ?


Ta-da ! nak sembang malam sikit pasal artis dua orang ni , Kamal Adli & Emma Maembong.. Actually minggu yang lepas , Alice tak sempat nak nonton Melodi kat TV3. Pasal apa ? Alah , tipu lah korang kalau tak tau video yang menjadi viral kat laman sosial , video yang tu lah , ye , video kamal kena penampar dengan Emma. Alice ni tak juga brapa minat dengan artis tapi video yang menjadi viral tu telah menarik perhatian Alice untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sama mereka ni. Ada yang kata Emma ni queen control lah , kuat jelas lah.. so whatever.. Rupa2 nya semua ni hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan iklan cola
PETALING JAYA: Seminggu lalu insiden Emma Maembong menampar Kamal Adli menjadi viral. Rentetan itu ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan istimewa mereka sudah berakhir.

Bagaimanapun semua itu hanya sebahagian gimik iklan produk minuman berperisa kola, Est Cola di bawah jenama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. Emma dan Kamal ditemui BH Online di Sri Pentas ketika majlis pelancaran produk berkenaan dilancarkan.

Kamal berkata, idea untuk menjadikan sebahagian sedutan iklan membabitkan adegan menampar itu sebagai gimik adalah idea daripada pihak produksi dan Est Cola.

 "Pihak produksi dan Est Cola terlebih dulu minta izin saya dan Emma sebelum ia diviralkan. Pada mulanya saya sendiri berbelah bagi dengan hal ini tetapi selepas berbincang dengan Emma, kami sepakat bersetuju.

 "Biar sedar kemungkinan yang terjadi lebih condong kepada negatif, tapi mengenangkan ia sekadar promosi produk itu, maka kami anggap ia hanya kerja. Hakikatnya memang kesan iklan itu negatif terutama kepada Emma apabila ramai yang marahkan dia menampar saya.

"Tapi secara ironinya, ia menjadi promosi yang secara tak langsung mengetengahkan jenama Est Cola. Saya kira ia berjaya dalam memperkenalkan produk itu," katanya.

Emma pula berkata, sejak memberi izin sedutan iklan itu diviralkan, Emma sedar kemungkinan kesannya lebih kepada negatif. "Tapi baik saya dan Kamal, ..kami sudah sedia dengan apa juga kesannya. Tapi saya bukanlah jenis manusia yang sewenang-wenangnya akan menampar orang. Memang gara-gara iklan itu, saya terus ditanya apa sebenarnya yang terjadi antara kami berdua. Laman sosial saya dipenuhi dengan persoalan dan kritikan.

"Tapi sebenarnya sedutan video itu hanya gimik. Jangan fikir bukan-bukan pula. Ia sekadar promosi Est Cola," kata Emma. Sementara itu, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong menyifatkan pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk cukup tepat dengan populariti mereka ketika ini. ( Sumber : BHARIAN )
Oh , macam tu rupanya.. baru Alice tahu. hihi.. Oklah korang.. good night.. :)

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

3 comments:

  1. Iyalah gimik drama aje kannssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,, dah tak da cara lain nak promosikan iklan tu,, huhu

      Delete
  2. heee. macam-macam cara orang buat promosi sekarang ni.. kadang-kadang impaknya baik atau buruk kurang dibagi perhatian :D

    ReplyDelete

~ Have anything to say ? Just post it here :) ~

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com