Monday, October 26, 2015

Misteri Hotel Cecil, Los Angeles

Hye korang ! good evening.. Bertemu lagi kita pada hari ini dalam segmen SERAM.. hihi.Sebelum korang teruskan membaca , pastikan korang tak bersendirian ye. Time menaip ni pun , Alice buka jendela besar2 .. tak nak rasa sunyi sebab tengah bersendirian dalam bilik. Alice ni kadang2 penakut , kadang berani lah plak. Ok , biasanya orang akan post cerita seram yang ada di negara masing2 , ni kali alice nak buat kelainan pula.. nak share dengan korang kisah misteri di luar negara. Antaranya Hotel Cecil , pernah dengar or terbaca tak ? kalau tak pernah . lets begin :)
_________________________________________________________________________________


 

Hotel Cecil merupakan hotel bajet yang mempunyai 600 bilik tetamu ( pada asalnya 700 ) dan terletak di Downtown Angeles ( 640 Main street ). Ianya dibina pada tahun 1924 untuk pelancong perniagaan tetapi pada tahun 1950 ianya menjadi tempat tinggal untuk orang yang kehilangan tempat berteduh.

Hotel ini menjadi terkenal dengan beberapa kes bunuh diri , aktiviti pembunuhan berantai dan juga dikatakan sebagai tempat yang berhantu. Pada tahun 1985 , ia merupakan kediaman seorang pembunuh bersiri iaitu Richard Ramirez , dan Jack Unterweger pada tahun 1991. Khabar angin juga ada menyatakan bahawa Hotel Cecil merupakan tempat terakhir bagi Elizabeth Short ( lahir pada tanggal 29 July 1924, menjadi perhatian jejaka2 kerana wajahnya yang cantik dan pada usia muda nya, dia berpindak ke Hollywood untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon ) dilihat sebelum dia dibunuh. 

Pada Bulan February 2013 , mayat Elisa Lam , 21 tahun , seorang pelajar Kanada ditemui dalam keaaan berbogel di dalam salah satu daripada tangki air minum di atas bumbung hotel.Elisa dilaporkan hilang pada tanggal 31 Jan dan kemudian ditemui pada 19 Feb oleh salah seorang pekerja penyelenggaraan. Pada 13 Feb , pihak polis Los Angeles menyebarkan sebuah video yang merupakan rakaman CCTV di salah satu lif Hotel Cecil untuk meminta bantuan daripada masyarakat setempat yang mungkin ternampak Elisa.

Di dalam rakaman cctv tersebut ( YOUTUBE ), Elisa kelihatan sangat ganjil kerana ketika dia memasuki lif di tingkat 14 , dia terus menekan beberapa butang sekaligus sambil mendekatkan kepalanya , kemudian dia menunggu pintu lif tertutup. Oleh kerana , pintu lif tersebut tidak tertutup , Elisa menjenguk ke luar dengan gaya yang aneh kemudian masuk kembali kedalam lif sambil menghimpitkan dirinya di sudut seolah-olah bersembunyi dari seseorang. Kemudian dia ke luar lif lagi dan melihat kiri dan kanan dan masuk kembali ke dalam lif sambil menekan butang berulang2. Setelah itu , ia kembali ke luar lif dan di sebelah lif kiri , Elisa menggerakkan tangannya seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang dengan gaya tangannya yg bergerak2 macam menari/berenang. Di situlah Elisa Lam di lihat kali terakhir


Pada tanggal 31 Feb , pihak polis Los Angeles telah selesai menyiasat kematian Elisa dan mengumumkan bahawa kematinnya akibat lemas kerana terjatuh ke dalam tangki air tersebut. Pihak polis juga menyatakan bahawa Elisa menderita penyakit Bipolar Disorder ( Penyakit Mental yang berhubungkain dengan perubahan mood )  yang juga merupaka salah sau sebab kematiannya.
_________________________________________________________________________________

Kematian Elisa Lam merupakan satu misteri yang berlaku di Hotel Cecil terutama dengan rakaman CCTV yang tidak dapat dijelaskan.Alice ada terbaca dalam satu blog ni bahawa kematian Elisa merupakan salah satu daripada mangsa pembunuhan berantai disana , ada juga yang menyatakan bahawa kematiannya ada hubung kait dengan roh2 jahat yang tidak tenang akibat daripada dibunuh disana. Betul atau tidak , hanya Tuhan yang tahu apa berlaku kepada dia. Rest In Peace Elisa Lam.  

Ƭнαиκ Ƴσʋ ғσя Ƨтαʏ αи∂ яɛα∂ тιℓℓ тнɛ ɛи∂

2 comments:

  1. pernah baca pasal elisa lam tu. tapi nda tau pula dekat hotel cecil rupanya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sa pun baru tahu juga lepas explore2 mr.google. hihi. Tapi sblum ni mmg ndak prnah dgr pasal Elisa Lam..

      Delete

~ Have anything to say ? Just post it here :) ~

 
COPYRIGHT©All Right Reserved.alicedreamingle.blogspot.com